web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendapatan Bulanan Kasar Isi Rumah Merosot

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2021 5:50PM

Penurunan purata pendapatan bulanan isi rumah secara kasar merosot disebabkan penyusutan pendapatan bergaji serta bekerja sendiri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Purata pendapatan bulanan isi rumah secara kasar merosot sebanyak 10.3 peratus kepada RM7,089 tahun lalu, berbanding RM7,901 yang dicatatkan tahun sebelumnya.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, penurunan itu diakibatkan oleh penyusutan pendapatan bergaji serta bekerja sendiri, masing-masing sebanyak 16.1 dan 9.7 peratus pada 2020.

Menurut beliau, antara lain penurunan itu disumbangkan oleh kehilangan pekerjaan atau pengurangan pendapatan isi rumah, khususnya mereka yang berstatus pekerja tetap dan bekerja sendiri.

"Pengurangan pendapatan ini turut disumbangkan oleh pengurangan jam bekerja dan peningkatan guna tenaga tidak penuh berkaitan dengan kemahiran," katanya.

Mohd Uzir menyatakan demikian dalam Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan Malaysia 2020 dapatan kajian kesan COVID-19 ke atas pendapatan isi rumah di Malaysia tahun lalu.

Katanya, hasil kajian mendapati terdapat empat punca pendapatan iaitu pekerjaan bergaji, bekerja sendiri, harta dan pelaburan dan pindahan semasa diterima.

“Pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah mencatatkan penurunan 11.3 peratus berbanding 2019, manakala nilai pendapatan isi rumah kasar bulanan penengah pada 2020 ialah RM5,209 berbanding RM5,873 tahun sebelumnya.

"Semua negeri mencatatkan penurunan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dan penengah, dengan Putrajaya berada pada kedudukan paling bawah,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, Putrajaya kekal mencatatkan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata dan penengah paling tinggi berbanding negeri lain masing-masing sebanyak RM12,322 dan RM9,743.

"Kelantan masih merekodkan pendapatan purata dan penengah terendah, masing-masing sebanyak RM4,411 dan RM3,010," katanya. - Getaran, 7 Ogos 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

2

Gaya 2 tahun yang lalu

Hobi Mengait Jadi Terapi Diri, Jana Pendapatan

3

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Bantuan Masuk Ke Gaza Merosot 50 Peratus Bulan Ini - UNRWA

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendapatan Pelaburan KWSP Meningkat 33 Peratus, Cecah RM47.86 Bilion

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori