web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Eksport Getah Naik Dengan Lonjakan Permintaan Sarung Tangan Lateks

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 2:04PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Eksport produk getah Malaysia dianggar meningkat sebanyak 80 peratus untuk mencecah RM74 bilion tahun ini daripada RM41 bilion tahun lepas, dirangsang oleh lonjakan dalam permintaan terhadap sarung tangan lateks.

Sarung tangan getah dijangka menguasai lebih 90 peratus daripada jumlah eksport negara untuk produk getah, demikian menurut jurucakap Lembaga Getah Malaysia.

“Kegiatan ekonomi global yang semakin baik telah mencerahkan prospek permintaan terhadap getah asli. Penggunaan global getah asli diunjur berkembang 6.7 peratus kepada 13.7 juta tan pada tahun 2021 selepas menyusut 7.8 peratus pada tahun 2020.

“Penggunaan di pasaran utama seperti China dan Amerika Syarikat turut menunjukkan peningkatan positif, didorong oleh pembukaan semula operasi perniagaan susulan program pemberian vaksin untuk memerangi COVID-19,” katanya kepada Bernama menerusi emel.

Bagaimanapun, beliau menambah dengan kemunculan semula kes COVID-19 di Malaysia yang menjuruskan kepada pelaksanaan kawalan pergerakan, pengurangan tenaga kerja dan pelbagai langkah kawalan lain yang dikenakan oleh kerajaan akan menyebabkan gangguan kepada rantaian bekalan getah asli.

Sementara itu, eksport getah asli Malaysia dijangka meningkat sekitar 5 peratus kepada RM6.5 bilion berbanding RM6.2 bilion pada 2020, terutama disokong oleh harga getah yang lebih baik pada tahun 2021 berbanding tahun sebelumnya.

Dari segi trend pengeluaran getah tahun ini, ia diunjurkan mengukuh kepada 530,000 tan tahun ini daripada 514,700 tan pada tahun 2020, yang merupakan paras terendah dalam tempoh satu dekad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Eksport Malaysia Dijangka Cecah US$425 Bilion Menjelang 2030 - Standard Chartered

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Eksport, Import Perkhidmatan Catat Peningkatan - SITS 2022

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Ekonomi Malaysia Diunjur Tumbuh Sederhana 4-5 Peratus Pada 2023 - BNM

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Jangan Lindungi Sesiapa, Dedah Jumlah Sebenar Eksport Telur

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori