web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Belanjawan 2026: Pembangunan Sabah, Sarawak Tidak Dipinggirkan - PM

Ekonomi Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Oct 2025 5:41PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Belanjawan 2026 tidak akan meminggirkan kepesatan pembangunan di Sabah dan Sarawak, selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia bukan sekadar janji, sebaliknya  tindakan nyata untuk merapatkan jurang pembangunan terutamanya prasarana asas.

Menurut beliau, kedua-dua negeri berkenaan bakal menerima peruntukan Persekutuan tertinggi.

“Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion ketimbang RM4.4 bilion (2022) manakala Sarawak pula terus meninggi kepada RM6 bilion ketimbang RM2.9 bilion (2022).

“Mulai tahun ini, kadar Pemberian Khas Sabah dan Sarawak ditingkatkan kepada RM600 juta ketimbang RM300 juta (2023),” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Persekutuan tetap menyediakan RM1.2 bilion untuk menjamin kelangsungan bekalan walaupun kawal selia bekalan elektrik telah diserahkan sepenuhnya kepada Sabah Januari tahun lalu.

Perdana Menteri membawa fail berisi dokumen Belanjawan 2026 untuk dibentangkan di Dewan Rakyat - Gambar PMO
Perdana Menteri membawa fail berisi dokumen Belanjawan 2026 untuk dibentangkan di Dewan Rakyat - Gambar PMO

Jelas Anwar, insiden tanah runtuh di Penampang telah memutuskan dua talian utama penghantaran elektrik voltan tinggi, sekali gus mengakibatkan gangguan bekalan kepada 230 ribu pengguna pantai timur Sabah. 

“Langkah segera diambil bagi memulih bekalan. Untuk kelangsungan jangka panjang, Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM765 juta bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link.

“Sejak 2024 pula, Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM1 bilion untuk projek air Sabah, antaranya pemasangan paip di Tawau serta naik taraf paip usang di Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan,” katanya.

Projek ini jelas beliau, sedang dalam fasa pelaksanaan dan dijangka siap tahun hadapan.

“Terkait projek lebuh raya di Sabah dan Sarawak, sembilan pakej Pan Borneo Sarawak siap sepenuhnya dan telah dibuka untuk kegunaan rakyat.

“Empat pakej Pan Borneo Sabah Fasa 1A telah siap. Untuk 2026 pula, RM1.67 bilion disediakan untuk Pan Borneo Sabah dan akan dilaksana mengikut jadual,” katanya.

Selain itu, Anwar berkata, Sarawak-Sabah Link Road Fasa (SSLR) 1 dijangka siap November 2026 sementara SSLR 2 sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2029.

Projek Lebuhraya Trans Borneo (LTB) katanya, melengkapkan jalan perhubungan antara Sabah Sarawak. 

“SST akan?dikeluarkan seawal suku pertama 2026 dan Kerajaan akan menaik taraf struktur turapan jalan sedia ada bagi jajaran red line di seksyen Durin dan Salim, Sibu, Sarawak dengan kos RM350 juta.

“Secara keseluruhan, kesemua projek prasarana rakyat ini melibatkan kos mencecah RM48 bilion,” katanya.

Perdana Menteri memberitahu, Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) dibangunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) sepanjang 3,190 kilometer dengan kos RM2 bilion untuk memastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menikmati manfaat digital yang sebaiknya.

“Ini melibatkan laluan dasar laut dari Sedili di Johor, ke Kuching dan Sibu di Sarawak; seterusnya ke Tuaran, Kudat, Pulau Banggi, Sandakan dan Tawau di Sabah.

“Sebanyak RM20 juta pula disediakan untuk menambah tapak dan ruang niaga yang dilengkapi kemudahan asas kepada peniaga kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak,” katanya. - Getaran, 10 Oktober 2025

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 jam yang lalu

PM Terima Penghargaan Sultan Selangor, ‘LRT3 Shah Alam Bukan Projek Untuk Bermegah’ 

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pasport Baharu Dilancar, Malaysia Kekalkan Kedudukan Pasport Ketiga Terkuat Dunia

3

Luar Negara 1 minggu yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

Sorotan

1

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

3

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

4

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?

5

‘Saya Hormat Keputusan Mahkamah, Sabar Tunggu 13 Julai’ - Syed Saddiq

6

Warga Australia Didakwa Bunuh Remaja Thailand, Mayat Ditemui Dalam Bagasi