Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Pelan Tindakan KL20 Sasar Capai Penilaian Pemula Niaga RM400 Bilion Menjelang 2030

Ekonomi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 22 Apr 2024 9:32PM

Gambar - KL20

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelan Tindakan KL20, yang dilancarkan hari ini disasar menjana tambahan RM400 bilion dalam penilaian pemula niaga menjelang 2030.

Menurut dokumen pelan tindakan itu yang didapatkan di laman sesawang rasmi Sidang Kemuncak KL20 2024, pemula niaga Malaysia juga disasar mencapai tambahan RM750 juta dalam pelaburan modal teroka tahunan menjelang 2030.

Selain itu, Malaysia dijangka mencatatkan pertumbuhan tambahan 3,000 pemula niaga aktif yang menyediakan lebih 100,000 pekerjaan berkemahuran tinggi.

Terdahulu hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan Pelan Tindakan KL20 bersempena dengan penganjuran sulung Sidang Kemuncak KL20 2024.

Pelan tindakan itu ialah pelan hala tuju komprehensif yang menggariskan pembaharuan penting untuk mencapai penyatuan dalam kalangan pemegang kepentingan utama - pengasas, pemodal teroka, tenaga kerja, inkubator dan pemecut - untuk melonjakkan sektor teknologi permulaan Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

Di bawah pelan tindakan itu, Malaysia menyasar menawarkan kepada komuniti pemula niaga pasaran meluas yang boleh dijangkaui, pembiayaan di semua peringkat, akses kepada tenaga kerja semua peringkat dan persekitaran perniagaan yang lancar.

Sementara itu, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli semasa ucapannya pada sidang kemuncak itu, berkata Pelan Tindakan KL20 menggariskan inisiatif baharu untuk mempercepat bidang kritikal ekosistem pemula niaga: modal, tenaga kerja dan kualiti pemula niaga.

Tujuannya adalah untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan bagi modal peringkat awal dan pertumbuhan, hab untuk usahawan bertaraf dunia dan tenaga kerja mahir, dan menjadi medan tumpuan bagi syarikat pemula niaga utama dunia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.

Menurutnya, antara inisiatif lain pelan itu termasuk VC Golden Pass, Innovation Pass, Unicorn Golden Pass, Graphics Processing Unit (GPU) Scheme, Innovation Belt dan Single Window.

Sidang kemuncak dua hari itu yang bermula hari ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur diterajui oleh Kementerian Ekonomi dan dihadiri lebih 3,000 peserta, termasuk pelabur antarabangsa dan syarikat pemula niaga. - BERNAMA

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Usahawan 5 jam yang lalu

Pengusaha Harumanis Tak Menang Tangan Penuhi Permintaan Pelanggan

oleh Rafisqi Radhi

Ekonomi 1 hari yang lalu

Microsoft Setuju Tambah Pelaburan, Bukti Asas Ekonomi Negara Kukuh - PM

oleh Sophia Ahmad