Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

Ekonomi Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2024 9:30PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Johor di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Projek berimpak tinggi seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Kewangan Khas (SFZ) mampu memacu ekonomi Johor mengatasi negeri-negeri lain dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Zon Ekonomi Khas dan Zon Kewangan itu kedua-duanya akan memacu pertumbuhan yang lebih pesat.

"la (JS-SEZ dan SFZ) sedang dirangka tapi yang penting kerana kemudahan ini membantu mempesatkan pertumbuhan ekonomi," kata beliau kepada pemberita pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Negeri Johor di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall, di sini, hari ini. 

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam.

Terdahulu dalam ucapan beliau, Anwar berkata, Johor terus memacu pertumbuhan dan mencatat kemajuan dan pembangunan antara yang terbaik di Malaysia.

"Kita adakan zon ekonomi khas yang boleh jalinkan hubungan akrab dengan Singapura, kita adakan zon kewangan khas di Forest City, ini semua petanda Johor akan mencatat pertumbuhan yang sangat pesat," kata beliau.

Anwar berkata, Johor juga mencatat kadar kemiskinan tegar yang rendah iaitu kurang daripada 2,000 individu dan mampu diselesaikan dalam masa yang singkat sekali gus menoktahkan kemiskinan tegar di negeri ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, program lain seperti tebatan banjir turut diberi keutamaan bagi menyelesaikan masalah yang membelenggu rakyat.

"Kita tak boleh catat pertumbuhan besar (tapi dalam masa yang sama) banjir pun besar, oleh itu program tebatan banjir diberi keutamaan dan saya minta pemimpin dan pegawai pantau projek itu (agar) berjalan dengan cepat supaya dapat selesaikan masalah dihadapi oleh rakyat," kata beliau. 

Justeru, katanya, pemimpin di Johor harus memastikan pentadbiran di negeri ini bersih dari rasuah dan kepentingan rakyat jelata terbela.

Sementara itu, Anwar berkata, pembangunan sesebuah negeri harus selari dengan pembangunan insan agar nasib rakyat terbela.

"Jangan fokus gedung, industri dan lebuh raya tetapi manusia diremehkan.

"Apa erti pembangunan kalau tak pedulikan nasib rakyat yang paling miskin dan tidak mempunyai kesempatan (peluang) sama ada orang Melayu, Cina, India atau Orang Asli, semua itu rakyat Johor dan mesti diberi tempat dan dibela dengan sebaiknya," kata beliau.

Kira-kira 5,000 orang memeriahkan majlis berkenaan yang dianjurkan Kementerian Pertahanan dengan Kerajaan Negeri Johor sebagai tuan rumah.

Johor menjadi negeri pertama bagi pelaksanaan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI yang akan diikuti oleh Sabah (20 April), Melaka (22 April), Kelantan (2 Mei), Kedah (4 Mei), Pulau Pinang (5 Mei) dan Terengganu (9 Mei).

Pada majlis berkenaan, Perdana Menteri turut meraikan bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam yang menyambut hari lahir ke-90 hari ini. - BERNAMA

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia