web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kuala Lumpur Di Kedudukan Ke-73 Bandar Raya Paling Pintar Di Dunia

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Apr 2024 8:09AM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur (KL) melonjak 16 anak tangga untuk berada di kedudukan ke-73 dalam senarai bandar raya terpintar di dunia daripada kalangan 142 bandar raya, demikian menurut Indeks Bandar Pintar (SCI) 2024 yang dikeluarkan oleh Institute for Management Development (IMD) baru-baru ini.

Tahun lalu KL berada di kedudukan ke-89.

Laporan itu mengetengahkan beberapa prestasi KL yang membanggakan, termasuk kemudahan pembelian tiket dalam talian dan kebolehcapaian penyenaraian pekerjaan dalam talian yang memudahkan untuk mencari kerja.

Laporan itu turut memuji struktur kesihatan dan keselamatan di ibu kota, seperti 'mengatur temu janji perubatan dalam talian yang menambah baik akses' dan struktur mobiliti seperti 'penjadualan dalam talian dan jualan tiket telah menjadikan pengangkutan awam lebih mudah untuk digunakan'.

Bagaimanapun, laporan itu mendapati kesesakan lalu lintas, rasuah, pencemaran udara dan rumah mampu milik adalah antara isu paling membimbangkan di KL.

Presiden Smart City Observatory, Bruno Lanvin berkata, sesebuah bandar raya perlu merangka dan mengguna pakai strategi untuk bertahan dengan ujian ketidaktentuan pada masa depan.

Beliau juga berkata, kepercayaan dan tadbir urus yang baik menjadi semakin penting, dan penggunaan kecerdasan buatan (Al) dalam reka bentuk dan pengurusan bandar dijangka meningkat.

"Walaupun ia mungkin kedengaran tidak intuitif, Al boleh membantu menginsankan bandar menjadi lebih mementingkan manusia," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di laman web IMD.

Zurich mengekalkan kedudukan teratasnya bagi edisi kelima berturut-turut laporan SCI pada 2024, diikuti Oslo, Canberra, Geneva dan Singapura. - BERNAMA

Sorotan

1

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

2

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

3

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

4

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

5

Polis Siasat Kes Lelaki Dipaksa Masuk Dalam Kereta 

6

PRN Negeri Sembilan: Jangan Jadikan Institusi Diraja Bahan Kempen Parti Politik - PM