web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peminjam Alami Pendapatan Berkurangan Layak Bagi Ansuran Bulanan Lebih Rendah - BNM

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jun 2021 2:03PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) pada Rabu mengulangi bahawa semua peminjam yang pendapatannya berkurangan, termasuk gaji, elaun, komisen dan pendapatan isi rumah adalah layak untuk mendapatkan pengurangan ansuran bulanan berdasarkan pendapatan yang terjejas.

BNM, dalam beberapa ciapan di Twitter menerusi akaun @BNM_official, menjelaskan bagi bantuan bayaran balik pinjaman yang baru diumumkan, golongan B40 yang juga penerima Bantuan Sara Hidup/Bantuan Prihatin Rakyat boleh memilih moratorium selama tiga bulan atau ansuran bulanan dikurangkan 50 peratus selama enam bulan.

“Peminjam individu yang hilang pekerjaan juga boleh memilih moratorium selama tiga bulan atau ansuran bulanan dikurangkan 50 peratus selama enam bulan,” menurutnya.

Bank pusat juga menambah perusahaan mikro (dengan kemudahan yang diluluskan sehingga RM150,000) serta perusahaan kecil dan sederhana yang tidak dibenarkan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan boleh memilih moratorium selama tiga bulan atau ansuran bulanan dikurangkan 50 peratus selama enam bulan.

BNM meminta para peminjam menghubungi bank masing-masing untuk membuat pilihan tersebut.

Layari http://bnm.gov.my/RA untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai bantuan bayaran balik pinjaman - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Mimpi Jadi Nyata, Hasrat Warga Emas Tunai Umrah Akhirnya Terlaksana

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebahagian Wang Pinjaman 1MDB Masuk Ke Akaun Najib - Penganalisis BNM

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Menu Rahmah Jadi Buruan, Bantu Rancakkan Perniagaan Kedai Makan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori