web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mikro Madani: SME Corp Peruntuk RM100 JUTA Bantu Lebih 20,000 PMKS

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2023 8:43PM

Ewon Benedict - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - SME Corporation Malaysia (SME Corp) memperuntukkan RM100 juta menerusi Program Pengukuhan Mikro MADANI (Mikro MADANI) bagi membantu 20,700 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di seluruh negara.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick berkata program berkenaan menawarkan bantuan kewangan dalam bentuk geran, pinjaman dan baucar pendaftaran status PMKS.

Bercakap pada sidang media selepas melancarkan program Mikro MADANI itu di sini hari ini,  beliau berkata permohonan bagi program berkenaan telah dibuka dan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang http://smecorp.gov.my/MIKROMADANI.

Antara syarat utama permohonan ialah syarikat milik usahawan PMKS perlu mempunyai pekerja kurang daripada lima orang dan memperoleh pendapatan tahunan tidak melebihi RM300,000, katanya.

“Bagi pembiayaan berbentuk pinjaman, ia membolehkan usahawan PMKS memenuhi keperluan modal kerja, pembelian mesin dan peralatan sehingga maksimum RM200,000, dengan kadar faedah serendah dua peratus setahun melalui kerjasama dengan Pembangunan Industri Kewangan Malaysia Bhd (MIDF).

“Bagi baucar pendaftaran status PMKS pula, usahawan PMKS layak menerima bantuan kewangan dalam bentuk baucar bernilai RM100 bagi yuran proses pendaftaran,” katanya.

Bagi memastikan objektif program Mikro MADANI tercapai, Ewon berkata SME Corp akan melaksanakan aktiviti pemantauan terhadap semua penerima program berkenaan agar pembiayaan yang diterima digunakan bagi tujuan sepatutnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp Rizal Nainy berkata pihaknya akan melaksanakan beberapa siri jelajah bagi mempromosikan program Mikro MADANI di seluruh negara bermula 22 Sept ini.

Katanya siri jelajah itu akan bermula di Kuantan, Pahang sebelum diteruskan ke lokasi lain dan dijangka berakhir di Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Okt.

Beliau yang optimis program tersebut akan menerima sambutan menggalakkan berkata, SME Corp akan terus memberi sokongan kepada usahawan PMKS supaya keupayaan sektor itu dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih tinggi serta melonjakkan sumbangan kepada ekonomi negara.

PMKS mencatatkan pertumbuhan yang memberangsangkan sebanyak 11.6 peratus pada 2022 berbanding 1.3 peratus pada 2021. - BERNAMA

Sorotan

1

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

2

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

3

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

4

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

5

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia