web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Inisiatif Bantu Kurangkan Beban Ekonomi Rakyat Pendekatan Baik, Perlu Diteruskan - Pakar

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2023 12:12PM

19 inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat yang telah dilaksanakan sepanjang tujuh bulan lepas oleh Kerajaan Perpaduan dilihat sebagai pendekatan yang baik dan perlu diteruskan - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sembilan belas inisiatif mengurangkan beban ekonomi rakyat yang telah dilaksanakan sepanjang tujuh bulan lepas oleh Kerajaan Perpaduan dilihat sebagai pendekatan yang baik dan perlu diteruskan, kata pakar.

Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata inisiatif kerajaan itu merupakan usaha menyeluruh dan meliputi pelbagai golongan serta memberi fokus kepada aspek pendidikan, kesihatan dan pengangkutan yang merupakan keperluan asas masyarakat umum.

“Bantuan ini setidak-tidaknya dapat meringankan beban kewangan yang dihadapi ramai golongan berkelayakan. Dalam sudut ini, hasil lain yang diterima oleh mereka melalui gaji atau hasil perniagaan sedia ada boleh digunakan untuk keperluan yang lain,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pensyarah Kanan Pusat Kajian Kepelbagaian Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia Dr Anuar Ahmad pula berkata inisiatif berkenaan sememangnya banyak membantu kumpulan masyarakat yang sangat memerlukan dan usaha itu perlu diteruskan.

Bagaimanapun, beliau berpandangan kebanyakan inisiatif yang telah dilaksanakan setakat ini masih bersifat jangka pendek dan berharap pendekatan jangka panjang serta bersifat struktural dalam usaha pemulihan ekonomi negara dapat disegerakan.

“...misalnya menyediakan lebih banyak peruntukan untuk membangunkan sumber manusia yang berkualiti dan berkemahiran tinggi, mengurangkan kadar pengangguran belia, meningkatkan pelaburan yang berteknologi tinggi dan menyediakan lebih banyak institusi latihan dan kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). 

“Pemodenan sektor pendidikan dan latihan untuk rakyat dalam negara ini seharusnya dijadikan keutamaan Kerajaan Perpaduan untuk meningkatkan daya saing sumber manusia negara,” katanya.

Ada pakar yang berpendapat bahawa kebanyakan inisiatif yang telah dilaksanakan setakat ini masih bersifat jangka pendek - Gambar Hiasan
Ada pakar yang berpendapat bahawa kebanyakan inisiatif yang telah dilaksanakan setakat ini masih bersifat jangka pendek - Gambar Hiasan

Sementara itu, Pengarah Program MBA Putra Business School (PBS) Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata pelbagai inisiatif berkenaan merupakan usaha yang baik dan perlu bagi membantu kumpulan terkesan dalam mengharungi keadaan ekonomi negara yang tidak menentu.

Bagaimanapun, beliau berkata sebahagian besar daripada inisiatif itu adalah bersifat langkah jangka pendek dan ada yang merupakan sedikit penambahbaikan terhadap inisiatif sedia ada.

“Sehubungan itu, inisiatif jangka masa pertengahan dan panjang perlu dilaksanakan serta diberi tumpuan yang lebih besar dan menonjol untuk melengkapkan inisiatif sedia ada.

“Beberapa inisiatif yang boleh dimulakan adalah memastikan adanya komitmen untuk terus meningkatkan gaji minimum serta purata gaji setiap pekerja secara tahunan.

“Selain itu, pembaharuan berterusan ke atas bantuan faedah sosial harus dilakukan menggunakan pangkalan data dan teknologi bagi memastikan bantuan khusus dan sesuai, bukannya satu piawaian untuk semua,” katanya.

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menerusi video khas siri pertama laporan pencapaian Kerajaan Perpaduan yang disiarkan di laman rasmi Facebooknya semalam merangkumkan inisiatif kerajaan melibatkan pengenalan beberapa bantuan baharu serta menaikkan kadar bantuan sedia ada.

Laporan itu menyebut dalam tempoh tujuh bulan pentadbiran Kerajaan Perpaduan, sekurang-kurangnya 19 inisiatif telah dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan untuk membantu mengurangkan beban ekonomi rakyat.

Daripada 19 inisiatif tersebut, sembilan merupakan kenaikan kadar bantuan bagi pelajar, anak muda, golongan berpendapatan rendah, guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), penjawat awam, pesara kerajaan dan pekebun. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan