web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Mahu Terus Kekalkan Pelaburan Kondusif, Tarik Minat Pelabur Asing - PM

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jul 2023 9:30AM

Aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) mengalami lonjakan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR — Kerajaan mahu terus memastikan persekitaran pelaburan yang kondusif dapat dibentuk, bagi menarik minat lebih banyak pelabur asing ke Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) mengalami lonjakan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan.

Menurut beliau, kerajaan telah meluluskan pelaburan masuk berjumlah RM71.4 bilion pada suku tahun pertama, iaitu peningkatan sebanyak 60 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

“Peningkatan FDI yang berterusan adalah bukti keyakinan para pelabur asing yang kian pulih terhadap kemajuan dan potensi ekonomi Malaysia. 

“Jepun merupakan antara rakan dagang terpenting dan keempat terbesar Malaysia dengan jumlah perdagangan sebanyak AS$41.21 bilion (RM181.51 bilion) pada tahun 2022,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau menyatakan demikian selepas mengadakan pertemuan bersama Duta Besar Jepun ke Malaysia, Takahashi Katsuhiko dan delegasi daripada Dewan Perdagangan dan Perindustrian Jepun (JACTIM) di pejabatnya di Putrajaya, semalam.

Anwar memberitahu, Jepun juga disenaraikan sebagai antara sumber utama FDI Malaysia, menerusi pelaksanaan pelbagai projek dalam sektor pembuatan. 

“Tahun lalu, sejumlah 2,746 projek telah dilaksanakan, dengan jumlah pelaburan bernilai AS$27.25 billion (RM91.14 bilion) dan sebanyak 336,326 peluang pekerjaan telah dijana. 

“Pada tahun ini, kita telah memperoleh komitmen pelaburan daripada Jepun sebanyak RM23 bilion,” katanya.

Perdana Menteri menarik perhatian, 96 peratus syarikat Jepun mahu untuk terus kekal di Malaysia, dengan separuh daripadanya ingin mengembangkan perniagaan mereka di sini.

“Perkembangan ini adalah menerusi tinjauan Japan External Trade Organization (JETRO).

“Kadar pengembangan ini lebih tinggi daripada purata bagi ASEAN dan kedua tertinggi di rantau ini,” katanya.

Tegas beliau, asas ekonomi negara terus kukuh dan ia terbukti menerusi kadar inflasi yang rendah serta kestabilan landskap politik.

“Permintaan untuk produk dan perkhidmatan Malaysia juga semakin meningkat dan kerajaan juga berkomitmen tegas untuk membangunkan industri baru seperti ekonomi digital dan teknologi hijau.

“Saya amat yakin dengan prestasi masa depan pelaburan di Malaysia yang pastinya akan terus rancak,” katanya.

Anwar memberi jaminan, kerajaan akan terus berusaha sebaiknya dalam memperkukuh iklim pelaburan yang lebih baik. 

Kerajaan juga jelasnya, sedang meningkatkan kemudahan menjalankan perniagaan, menarik pelaburan bernilai dan berdampak tinggi serta mencipta tenaga kerja tempatan yang memiliki nilai daya saing. 

“Usaha ini adalah sejajar dengan objektif Dasar Pelaburan Baharu (NIP) yang akan datang dan bakal dicerakinkan dengan lebih lanjut menerusi pelancaran Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP2030) pada Ogos 2023,” katanya.

Sekadar info, Malaysia sememangnya memiliki hubungan diplomatik erat bersama Jepun yang memasuki usia 65 tahun, walaupun negara Matahari Terbit itu pernah menjajah Malaysia pada 1942 hingga 1945.

Ia bermula apabila Dasar Pandang ke Timur diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982, ketika beliau bergelar Perdana Menteri. - Getaran, 6 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan