web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Laksana Prinsip MSPO, Pastikan Industri Sawit Terus Diterima Pasaran - Fadillah

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jun 2023 1:32PM

Mereka yang terlibat dalam industri sawit perlu mendalami dan melaksanakan prinsip-prinsip ditetapkan dalam skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai usaha memastikan minyak sawit dan produk berteraskan komoditi itu terus diterima pasaran - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu berperanan memastikan industri sawit negara yang menjadi punca pendapatan kepada lebih sejuta rakyat di negara ini terus diterima pasaran, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata mereka yang terlibat dalam industri sawit perlu mendalami dan melaksanakan prinsip-prinsip ditetapkan dalam skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) sebagai usaha memastikan minyak sawit dan produk berteraskan komoditi itu terus diterima pasaran.

“Apabila industri ini telah 100 peratus mendalami dan mengamalkan prinsip-prinsip yang ditetapkan dalam MSPO, segala sekatan dan kempen negatif segelintir pihak tidak bertanggungjawab serta mempunyai kepentingan tertentu dapat kita tangani.

“Usaha bagi menangkis dakwaan pihak yang tidak bertanggungjawab ini perlu dibuktikan dan saya percaya, salah satu caranya adalah melalui pensijilan,” katanya menerusi catatan di Facebook beliau.

Beliau berkata perkembangan pesat industri sawit negara tidak dicapai dengan mudah, sebaliknya perlu berhadapan dengan pelbagai bentuk cabaran dan halangan dalam memastikan minyak sawit diterima di seluruh dunia, termasuk kempen negatif pihak tertentu yang mengatakan minyak sawit tidak baik untuk kesihatan.

Katanya walaupun kempen negatif dan tohmahan itu terjawab melalui kajian sains yang jelas bahawa minyak sawit dengan khasiat yang tinggi sesuai digunakan dalam pelbagai masakan dan produk, industri itu terus berhadapan dengan cabaran semasa seperti tindakan Kesatuan Eropah (EU) memperkenalkan peraturan baharu berhubung produk bebas penebangan hutan terhadap import komoditi terpilih termasuk sawit.

Dalam hal itu, Fadillah berkata Malaysia membuat persediaan awal dalam memastikan pengeluaran minyak sawit adalah berdasarkan prinsip ditetapkan melalui skim pensijilan MSPO yang diwajibkan kepada semua pemain industri sejak 2020.

Beliau berkata sejak diperkenalkan pada 2013, pensijilan MSPO yang merangkumi tiga prinsip utama iaitu keseimbangan antara keperluan manusia, kelestarian alam sekitar dan penjanaan keuntungan menyaksikan sejumlah 661,844.12 hektar keluasan bertanam sawit atau 81.10 peratus bagi kategori pekebun kecil persendirian menerima pensijilan MSPO di seluruh negara setakat 31 Mei lepas.

Bagi kategori pekebun kecil tersusun di bawah rancangan Felda, Felcra, Risda, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak dan Lembaga Kemajuan Negeri Sabah, Fadillah berkata sejumlah 665,535.51 atau 99.65 peratus hektar keluasan bertanam sawit menerima pensijilan MSPO.

“Selain menjayakan pensijilan MSPO, kerajaan juga akan terus komited dalam memastikan produk-produk sawit dapat dipasarkan ke seluruh dunia melalui rundingan dan libat urus bagi membetulkan persepsi negatif terhadap minyak sawit,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Pastikan Pekebun Kecil Tidak Terkeluar Rantaian Bekalan Minyak Sawit - TPM Fadillah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Sektor Ladang Paling Terjejas Susulan Langkah Indonesia Beku Kemasukan Pekerja

3

TARA 4 tahun yang lalu

Meneroka ‘Rimba’ Sawit Bersama ATV

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Peluru Meriam Lama Ditemukan Di Ladang Kelapa Sawit

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan