web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Pastikan Pekebun Kecil Tidak Terkeluar Rantaian Bekalan Minyak Sawit - TPM Fadillah

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jun 2023 1:52PM

Malaysia berpendirian bahawa apa saja peraturan yang ingin dilaksanakan oleh Kesatuan Eropah (EU) harus melibatkan rundingan dengan kerajaan - Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MIRI - Kerajaan komited dalam usaha untuk memastikan pekebun kecil mahupun mereka yang terlibat secara kecil-kecilan tidak terkeluar daripada rantaian bekalan sawit berikutan pengenalan peraturan baru sawit oleh negara luar, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata, Malaysia berpendirian bahawa apa saja peraturan yang ingin dilaksanakan oleh Kesatuan Eropah (EU) harus melibatkan rundingan dengan kerajaan.

Mesej itu telah disampaikan oleh kerajaan semasa Misi Bersama Malaysia dan Indonesia ke EU melalui Majlis Negara-Negara Pengeluar Minyak Sawit (CPOPC) di Brussels, Belgium akhir bulan lepas.

“Inilah perjuangan kita. Tujuan kita ke EU adalah untuk menyatakan apa pun yang mereka laksanakan, mestilah melibatkan kita dalam segala perundingan supaya pekebun kecil khususnya, tidak akan terabai atau terkeluar daripada rantaian bekalan minyak sawit,” katanya semasa merasmikan majlis penutupan program konsultasi FGV bersama pekebun kecil dan pembekal kawasan Miri di sini hari ini.

Fadillah berkata Malaysia dan Indonesia telah menyampaikan pendirian dan kebimbangan kepada EU berhubung pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR).

Beliau menyifatkan pengenalan pelbagai peraturan terhadap minyak sawit adalah cara bersaing berbentuk diskriminasi dan halangan perdagangan kerana minyak sawit lebih produktif jika dibandingkan dengan minyak yang dihasilkan daripada sumber lain seperti kacang soya, bunga matahari atau jagung.

“Apa yang kita bincangkan mereka sudah mendengar dan mereka akan datang ke Malaysia untuk memperincikan segala perbincangan, dan diharapkan Skim Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) kita akan diterima pakai agar pekebun kecil akan tetap berada dalam rantaian bekalan sawit dunia,” katanya.

Beliau turut menekankan kepentingan untuk pekebun kecil menjaga kelestarian alam sekitar, bukan sahaja bagi memenuhi kehendak pasaran dunia.

Menurutnya amalan mematuhi standard MSPO atau Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO) juga adalah untuk memastikan alam sekitar terjaga untuk diwarisi generasi akan datang.

Sementara itu, Fadillah berkata kerajaan memahami cabaran yang dihadapi oleh pekebun kecil sawit khususnya berkaitan harga yang ditentukan oleh permintaan di peringkat global.

Beliau berkata setiap pekebun kecil harus bersiap siaga dengan ketidaktentuan ekonomi di peringkat global yang hanya akan berkembang pada kadar tiga peratus sehingga 2028, manakala ekonomi Malaysia akan berkembang pada kadar empat hingga lima peratus, sekali gus memberi kesan kepada eksport negara.

Katanya walaupun secara umumnya permintaan minyak sawit akan tetap stabil, harganya mungkin tidak menentu.

Sehubungan itu, Fadillah berkata pekebun kecil sawit tidak boleh bergantung kepada komoditi itu semata-mata, sebaliknya menjalankan pertanian bersepadu untuk menghasilkan pendapatan yang konsisten. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Laksana Prinsip MSPO, Pastikan Industri Sawit Terus Diterima Pasaran - Fadillah

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Sektor Ladang Paling Terjejas Susulan Langkah Indonesia Beku Kemasukan Pekerja

3

TARA 4 tahun yang lalu

Meneroka ‘Rimba’ Sawit Bersama ATV

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Peluru Meriam Lama Ditemukan Di Ladang Kelapa Sawit

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan