Berita Terkini

10 minit yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 11 minit yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 11 minit yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 12 minit yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 2 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Malaysia, Indonesia Lancar Jalinan Pembayaran Kod QR Rentas Sempadan

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 08 May 2023 2:17PM

Nor Shamsiah Mohd Yunus - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) mengumumkan pelancaran komersial jalinan pembayaran kod respons pantas (QR) rentas sempadan antara Indonesia dengan Malaysia.

Pelancaran ini akan membolehkan lebih banyak rakyat Indonesia dan Malaysia membuat pembayaran runcit secara segera di kedua-dua negara dengan mengimbas kod QR Kod Standard Pembayaran Nasional (QRIS) atau DuitNow QR.

Kedua-dua pihak dalam kenyataan bersama hari ini berkata pelancaran komersial jalinan itu adalah susulan kejayaan fasa rintis jalinan yang diumumkan pada 27 Jan 2022.

Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata langkah ini mewujudkan potensi besar untuk merangsang kegiatan ekonomi di antara kedua-dua negara, termasuk perbelanjaan pelancongan.

“Jalinan ini juga akan membantu memperluas pasaran sesetengah perniagaan dan memudahkan penyelesaian dalam mata wang tempatan yang lebih banyak, lantas meningkatkan hasil kewangan.

“Jalinan antara negara Asean kini semakin kukuh. Lebih banyak pengguna dari Malaysia dan Indonesia akan mendapat manfaat daripada pengalaman yang selamat, lebih lancar dan lebih cekap untuk membuat dan menerima pembayaran rentas sempadan,” katanya.

Menurut Nor Shamsiah jalinan pembayaran QR antara Malaysia dengan Indonesia menjadi pelengkap kepada jalinan pembayaran dua hala antara negara Asean yang akan menyumbang ke arah Asean yang lebih teguh dan membangunkan lagi rantau ini sebagai pusat pertumbuhan.

Gabenor BI, Perry Warjiyo pula berkata jalinan pembayaran QR rentas sempadan antara Indonesia dan Malaysia merupakan suatu bukti nyata kerjasama Kesalinghubungan Pembayaran Serantau yang kukuh untuk menggalakkan pembayaran rentas sempadan yang lebih pantas, murah, telus dan inklusif, khususnya memberikan manfaat kepada perusahaan mikro, kecil dan sederhana. 

“Jalinan ini selaras dengan inisiatif  Pelan Hala Tuju G20 untuk Menambah Baik Pembayaran Rentas Sempadan dan merupakan pencapaian penting bagi Indonesia selaku pengerusi Asean pada 2023 serta mewakili satu lagi peristiwa penting bagi Rangka Tindakan Sistem Pembayaran Indonesia 2025,” katanya.

Warjiyo berkata jalinan pembayaran ini menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna untuk membuat transaksi pembayaran rentas sempadan dan bertindak sebagai faktor penting untuk meningkatkan kecekapan serta menggalakkan ekonomi digital dan rangkuman kewangan di rantau ini. 

“Jalinan ini juga akan mengekalkan kestabilan makroekonomi dengan menggalakkan penggunaan mata wang tempatan yang lebih meluas untuk transaksi dua hala di bawah Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan,” katanya.

Jalinan pembayaran QR ini akan mengeratkan lagi hubungan ekonomi antara Indonesia dengan Malaysia serta menyokong pemulihan ekonomi selepas pandemik yang lebih inklusif dan kukuh. 

Kejayaan pelancaran jalinan pembayaran ini adalah hasil kerjasama erat industri yang diterajui oleh BI dan BNM, yang bekerjasama rapat dengan Asosiasi Sistem Pembayaran Indonesia (termasuk ahli-ahlinya yang terdiri daripada pengendali sistem pembayaran di Indonesia), PayNet4 dan institusi kewangan peserta.

Menurut kenyataan itu, kedua-dua pihak mengalu-alukan penyertaan daripada lebih banyak institusi kewangan untuk memperkembang ekosistem pembayaran rentas sempadan. - Bernama

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 14 jam yang lalu

China Terus Kekal Sebagai Rakan Dagang Terbesar Malaysia - Liew

Usahawan 13 jam yang lalu

Akok Ikan Inovasi Zaharah Dapat Permintaan Tinggi

Menurut Zaharah, beliau membuat 300 biji akok ikan sehari dan memerlukan kira-kira 10 kilogram ikan selayang untuk menghasilkan serunding ikan menggunakan resip...