web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kadar OPR Dinaikkan Kepada 3.00 Peratus - BNM

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 6:16PM

BNM sebelum ini menaikkan OPR empat kali berturut-turut sepanjang tahun lalu, iaitu pada Mei, Julai, September dan November - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan Kadar Dasar Semalam (OPR) kepada 3.00 peratus yang menyaksikan peningkatan 0.25 peratus, berbanding kadar sebelumnya, iaitu 2.75 peratus.

Menerusi kenyataannya, BNM memaklumkan, kenaikan itu dibuat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pada mesyuarat hari ini.

Katanya, mesyuarat itu turut membuat keputusan menaikkan kadar tertinggi dan terendah koridor bagi OPR, masing-masing kepada 3.25 peratus dan 2.75 peratus.

“Ekonomi global terus didorong keadaan permintaan dalam negeri yang berdaya tahan dengan sokongan keadaan pasaran pekerja teguh serta pemulihan ekonomi China lebih kukuh daripada jangkaan.

“Bagaimanapun, ekonomi global terus terjejas oleh tekanan kos yang tinggi dan kadar faedah yang lebih tinggi.

“Inflasi keseluruhan terus menurun namun inflasi teras terus melebihi purata yang pernah dicatatkan sebelum ini. Pendirian dasar monetari bagi kebanyakan bank pusat dijangka kekal ketat,” menurut kenyataan itu di laman sesawang BNM.

Institusi kewangan itu sebelum ini menaikkan OPR empat kali berturut-turut sepanjang tahun lalu, iaitu pada Mei, Julai, September dan November.

Kenaikan itu menyaksikan peningkatan masing-masing sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus, berbanding paras rekod terendah 1.75 peratus sebelumnya.

Ia mendorong pelbagai pihak termasuk penganalisis ekonomi meminta BNM menghentikan sementara sebarang kenaikan OPR, sekiranya langkah itu memberi kesan besar kepada rakyat, termasuk jika ia mengakibatkan bebanan terhadap kewangan mereka dan peningkatan jumlah individu muflis.

Pada 19 Januari lalu, mesyuarat MPC membuat keputusan mengekalkan OPR pada 2.75 peratus.

Berhubung ekonomi Malaysia, kenyataan itu memaklumkan, perkembangan terkini menunjukkan bahawa kegiatan sektor itu berkembang selanjutnya pada suku pertama tahun 2023 selepas mencatatkan prestasi kukuh pada tahun 2022.

Menurutnya, pertumbuhan pada tahun 2023 akan didorong permintaan dalam negeri, meskipun eksport dijangka menjadi sederhana.

“Perbelanjaan isi rumah kekal berdaya tahan, disokong keadaan pasaran pekerja lebih baik, memandangkan pengangguran terus menurun ke tahap sebelum pandemik.

“Ketibaan pelancong yang meningkat dijangka menggiatkan aktiviti berkaitan pelancongan.

“Projek infrastruktur berbilang tahun yang terus dilaksanakan akan menyokong aktiviti pelaburan,” katanya.

Selain itu, BNM berkata, keadaan kewangan domestik juga terus kondusif untuk pengantaraan kewangan tanpa tanda pengetatan berlebihan yang mempengaruhi aktiviti penggunaan dan pelaburan.

Manakala, katanya, risiko prospek pertumbuhan dalam negeri secara relatif kekal seimbang.

Risiko pertumbuhan pula, jelasnya, menjadi lebih tinggi berpunca terutama daripada faktor dalam negeri, seperti aktiviti pelancongan lebih kukuh daripada jangkaan serta pelaksanaan projek, termasuk projek dinyatakan dalam pembentangan semula Belanjawan 2023.

“Manakala risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan berpunca daripada pertumbuhan global lebih lemah daripada jangkaan dan keadaan pasaran kewangan global semakin tidak menentu,” katanya. – Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bank Negara Malaysia Kekalkan Opr Pada Kadar 3 Peratus

2

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Penganalisis BNM Selasai Beri Keterangan, Bakal Disoal Peguam Najib Esok

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Agong Titah Semua Pihak Tumpu Pelaksanaan Pembaharuan Ekonomi, Tingkat Daya Saing

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan