Berita Terkini

4 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


1MDB: Penganalisis BNM Selasai Beri Keterangan, Bakal Disoal Peguam Najib Esok

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 09 Oct 2023 8:00PM

Saksi, penganalisis Bank Negara, Adam Ariff Mohd Roslan hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB). - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Adam Ariff Mohd Roslan selesai memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan RM2.3 bilion dana milik 1MDB.

Adam Ariff, 29, saksi pendakwaan ke-47 berkata, dana yang diperoleh 1MDB dan syarikat berkaitannya dipindahkan melalui sistem perbankan pelbagai bidang kuasa luar antara September 2009 dan Disember 2014, dengan sebahagian hasil 1MDB dan syarikat berkaitannya kemudiannya dipindahkan pula ke dalam dua akaun Najib di AmIslamic Bank.

Saksi itu berkata, dana yang diperoleh 1MDB dan syarikat berkaitannya sudah dikenal pasti dan pengeluaran hasilnya diasingkan kepada empat fasa iaitu, 'Good Star', 'Aabar-BVI', 'Tanore' dan 'Options Buyback'.

Bagi fasa pertama 'Good Star', sejumlah RM60,629,839.43 dipindahkan ke dalam akaun peribadi Najib daripada akaun Riyad Bank di Arab Saudi antara 23 Februari dan 14 Jun 2011, 'boleh dikesan' kepada bon Islam atau nota jangka sederhana Islam bernilai RM5 bilion yang dikeluarkan pada Mei 2009 oleh syarikat sebelum 1MDB iaitu Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) dan pinjaman RM2.5 bilion yang diambil 1MDB pada 2010.

Bagi fasa kedua, sebanyak RM90,899,927.28 dipindahkan daripada akaun Blackstone Asia Real Estate Partners di Standard Chartered Bank di Singapura ke akaun Najib antara 30 Oktober dan 20 November 2012, Adam Ariff berkata, ini didapati 'boleh dikesan' kepada anak syarikat 1MDB melalui bon 1MDB Energy (Langat) Limited (1MELL) dikeluarkan pada 2012.

Bagi fasa ketiga pula, sejumlah RM2,081,476,926 dipindahkan daripada akaun Falcon Private Bank milik Tanore Finance Corporation di Singapura ke akaun Najib antara 21 Mac hingga 10 April 2013, Adam Ariff berkata, ini boleh dikesan kepada anak syarikat 1MDB iaitu melalui bon AS$3 bilion 1MDB Global Investment Limited (1GIL) yang diterbitkan pada 2013.

Adam Ariff berkata, bagi fasa keempat, sebanyak RM4,093,500 telah dipindahkan daripada akaun DBS Bank milik Blackrock Commodities (Global) Limited di Singapura ke akaun Najib dalam satu transaksi pada 23 Jun 2014, boleh dikesan semula kepada pinjaman AS$250 juta yang dipinjam oleh anak syarikat 1MDB, 1MDB Energy Holdings Limited (1MEHL) pada 2014.

Selain itu, dalam fasa keempat juga, saksi itu menjelaskan bahawa RM45,837,485.70 dipindahkan daripada akaun Amicorp Bank di Barbados milik Vista Equity International Partners Limited ke akaun Najib antara 23 Oktober hingga 19 Disember 2014, 'sebahagiannya boleh dikesan' kepada pinjaman AS$975 juta yang dipinjam oleh 1MEHL dalam 2014.

“Berdasarkan dokumen perbankan dan maklumat yang diperoleh daripada pegawai penyiasat, didapati dana tertentu yang diterima Najib dalam dua akaun peribadinya di AmIslamic Bank, boleh dikesan daripada hasil yang diperoleh 1MDB dan syarikat berkaitannya,” kata saksi itu.

Esok, peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dijadual menyoal balas Adam Ariff.

Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian Berkaitan Pemulihan Aset 1MDB Tidak Terperinci - Johari

3

Semasa 2 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Dr Mahathir Dahagakan Perhatian - Fahmi

Sorotan

1

Piala Thomas: Malaysia Benam Algeria 5-0 Untuk Tempah Slot Suku Akhir

2

Akta Keselamatan Kesihatan Pekerja (Pindaan) 2022 Berkuat Kuasa 1 Jun

3

Pakar Ekonomi Sabut Baik Penubuhan Akaun Ketiga KWSP

4

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

5

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

6

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

SPR Perlu Timbang Wujudkan Tapisan Kelayakan Akademik Calon - Aktivis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

SPRM Siasat Pemimpin Kanan Disyaki Lantik Syarikat Berkepentingan

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Persaingan 4 Penjuru Antara PH, PN, PRM, Bebas

oleh Diyana Nawwar

Semasa 17 jam yang lalu

Kemarau: Beting Pasir Seluas Padang Bola Timbul Di Sungai Kelantan