Berita Terkini

8 jam yang lalu: Mangsa banjir di Batu Pahat tinggal 444 orang setakat 4 petang 8 jam yang lalu: Sesi libat urus perluas sistem pembayaran terbuka lebuh raya - Salahuddin 8 jam yang lalu: Polis tahan dua lelaki, rampas dadah bernilai RM3.22 juta 8 jam yang lalu: Pemohon Skim SRP masih boleh dapat pembiayaan di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan 8 jam yang lalu: 20,041 kes hilang wang daripada institusi perbankan di Malaysia pada 2022

IKUTI KAMI


Nilai Ringgit Kembali Pulih

Ekonomi Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2023 11:00AM

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Nilai ringgit kembali pulih berbanding dolar AS pagi ini menjelang pengeluaran minit mesyuarat terkini Jawatankuasa Pasaran Terbuka Amerika Syarikat (AS).

Pada 9 pagi, ringgit menambah nilai kepada 4.4350/4390 berbanding dolar berbanding penutupan Rabu 4.4420/4460.

Peniaga Activtrades Dyogenes Rodrigues Diniz berkata, pasaran lebih berhati -hati menjelang pengeluaran minit itu memandangkan ia menawarkan petunjuk mengenai pandangan Rizab Persekutuan.

"Pandangan yang lebih menjurus kepada meningkatkan kadar faedah akan membawa kepada dasar kewangan yang lebih ketat dan ini boleh menyebabkan dolar AS terus meningkat berbanding ringgit ke paras 4.5000," katanya.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata, peniaga dan pelabur juga akan mengambil sikap berhati -hati menjelang data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) pada Jumaat, yang akan menyediakan tahap unjuran Rizab Persekutuan pada mesyuarat 22 Mac.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Mata wang tempatan menambah nilai berbanding yen Jepun kepada 3.2884/2918 daripada 3.2935/2968 pada Rabu dan naik berbanding dolar Singapura menjadi 3.3090/3122 dari 3.3157/3189 semalam.

Ringgit turut meningkat berbanding euro kepada 4.7060/7102 daripada 4.7258/7301 dan tinggi berbanding pound Britain kepada 5.3451/3499 daripada 5.3655/3703 sebelum ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pengukuhan Dolar Tidak Jejas Pendapatan, Perbelanjaan Kerajaan - Anwar

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Ringgit Dijangka Diniaga Dalam Julat Terhad Menjelang Data Inflasi AS

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Ringgit Dibuka Rendah Menjelang Keputusan Kadar Faedah AS

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Bekalan Ayam, Telur Kembali Normal Bulan Ini - Mohamad

Sorotan

1

Jangan Salahkan Media, Isu Perkauman Ini Ahli Politik Yang Mulakan!

2

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

3

Perkhidmatan Kesihatan Umum ‘Diketepikan’ Demi Perumahan Mewah? NGO Saran Adu Pihak Berkuasa

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Jadikan Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Utama - Ahmad Maslan