Berita Terkini

4 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 4 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 4 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 4 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 4 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Penduduk Lega Bekalan Gula Kembali Pulih

Semasa Dikemaskini 4 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2023 1:49PM

Rata-rata penduduk di sekitar daerah ini dapat menarik nafas lega apabila bekalan gula yang terputus sejak minggu lepas kini kembali pulih - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Rata-rata penduduk di sekitar daerah ini dapat menarik nafas lega apabila bekalan gula yang terputus sejak minggu lepas kini kembali pulih.

Seorang pemborong dan peruncit barangan runcit Ahmad Najmi Mohd Ashari, 36, dari Tanjung Chat berkata beliau mula menerima bekalan gula secara berperingkat sejak Isnin lepas.

Katanya, walaupun bekalan yang diterima daripada pembekal dihadkan, sekurang-kurangnya beliau bersyukur dapat menyediakan barangan keperluan itu untuk dijual berikutan ia mendapat permintaan tinggi daripada pelanggan. 

“Sebelum ini saya mampu mendapat bekalan gula daripada pembekal lebih 4,000 kilogram (kg) bagi tempoh seminggu. Namun, sejak timbul isu ketiadaan gula dan ia kembali pulih bermula Isnin lepas saya hanya menerima kira-kira 2,500 kg gula.

“Disebabkan bekalan daripada pembekal juga terhad, saya kini terpaksa mengehadkan juga pembelian kepada setiap pelanggan iaitu dua hingga tiga kg sahaja bergantung kepada bekalan semasa yang dijual pada harga RM2.85 setiap kg,” katanya ketika ditemui Bernama di kedai runcitnya di Tanjung Chat di sini hari ini.

Ahmad Najmi berkata beliau juga berterima kasih kepada kerajaan terutamanya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan kerana cakna dengan isu yang dihadapi oleh rakyat dan berjaya menanganinya dalam tempoh yang singkat.

Sementara itu, seorang pengusaha kedai makan Rodiah Ismail, 44, dari Kampung Banggol berkata perniagaannya hampir terjejas pada minggu lepas berikutan ketiadaan bekalan gula untuk digunakan dalam masakan dan minuman di kedainya.

“Sepanjang tempoh itu saya hanya mampu bertahan dengan bekalan gula sedia ada yang dibeli sebelum berlaku ketiadaan gula selain terpaksa mengurangkan kuantiti bahan itu dalam masakan dan minuman.

“Bagaimanapun, kini saya mampu menarik nafas lega apabila bekalan gula sudah mudah diperoleh di kedai runcit walaupun setiap pelanggan dihadkan pembelian sekadar dua kg gula setiap seorang,” katanya.

Seorang pengguna, Kamarul Zaman Wan Mohamad, 60, dari Kampung Chat berkata sejak minggu lepas beliau terpaksa mencari bekalan gula di lebih 10 kedai runcit, namun tidak berjaya.

“Sepanjang tempoh itu saya terpaksa menggunakan susu pekat untuk menggantikan penggunaan gula terutamanya dalam minuman dan sebagainya. 

“Saya berharap isu ketiadaan gula ini tidak berulang lagi pada masa depan memandangkan ia bahan keperluan yang digunakan oleh rakyat terutamanya dalam kehidupan harian,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub memaklumkan gangguan bekalan gula di Pantai Timur telah pulih.

Menerusi laporan itu, masalah dikenal pasti berpunca daripada penutupan sementara kilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd di Johor dan Perai, Pulau Pinang sempena sambutan Aidilfitri dan telah beroperasi semula pada 25 April lepas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Liga Super: JDT Tewaskan Kuching 4-0, Kedah Pesta Gol Di Darul Aman

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Kerajaan Persiap Semula RMK-12 Demi Nilai Keperluan Semasa, Isu Air

3

Semasa 2 minggu yang lalu

KKD Teliti Pasang Internet Satelit Di 200 Kampung Di Kelantan

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Sokongan, Komitmen Padu Rakyat Kelantan Perlu Dalam Realisasikan Agenda Malaysia MADANI - PM Anwar

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Aliran Pergerakan Penumpang MAHB Kekal Lebih 9 Juta Pada April 2023

Sukan 4 jam yang lalu

Tze Yong, Jun Hao Mara Ke Suku Akhir Terbuka Thailand

Semasa 2 jam yang lalu

Negara Dijangka Tidak Akan Berhadapan Krisis Bekalan Air Seperti 1998 - SPAN

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Lulus BIW Ganti BISS, BISM Untuk Anggota ATM Berkuat Kuasa 1 Julai - Anwar