web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gangguan Bekalan Gula Di Pantai Timur Pulih - Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2023 12:09PM

Kilang terbabit ditutup sementara sempena sambutan Aidilfitri dan telah beroperasi semula pada 25 April lepas. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Gangguan bekalan gula di Pantai Timur telah pulih dan dikenal pasti berpunca daripada penutupan sementara kilang gula MSM Malaysia Holdings Bhd di Johor dan Perai, Pulau Pinang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Dalam sidang media mengenai isu bekalan gula di Pantai Timur di sini hari ini, beliau berkata kilang terbabit ditutup sementara sempena sambutan Aidilfitri dan telah beroperasi semula pada 25 April lepas.

Beliau berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bekerjasama rapat dengan dua kilang pengeluar gula tempatan iaitu MSM Malaysia dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) bagi memastikan isu gangguan bekalan gula itu diatasi segera.

“Isu kekurangan gula di Pantai Timur telah dapat diatasi, saya harap penduduk tidak panik dan tidak terpedaya dengan isu yang dimainkan bahawa terdapat kemungkinan harga gula akan naik,” katanya sambil menambah bekalan baharu akan diagihkan kepada pemborong dan peruncit mulai esok dengan pemantauan KPDN Kelantan.

Media baru-baru ini melaporkan kegusaran dalam kalangan rakyat Kelantan susulan kesukaran mendapatkan bekalan gula paket satu kilogram (kg) yang didakwa tiada di pasaran sejak 22 April lepas.

Semalam, Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail dilaporkan berkata pihaknya telah mengagihkan 250,000kg gula kepada sejumlah besar pasar raya termasuk pengagihan secara berperingkat kepada pemborong dan peruncit bagi memastikan isu kekurangan bekalan itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua hari.

Dalam perkembangan lain, Salahuddin berkata harga runcit maksimum minyak masak sawit tulen kemasan botol kekal bagi tempoh 8 Mei hingga 7 Jun ini.

Harga minyak masak botol bagi satu kg kekal pada harga RM6.90, 2kg (RM13.30), 3kg (RM19.60) dan 5kg pada harga RM30.90, yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak) (No.7) 2023.

“Secara umumnya terdapat kenaikan harga sawit mentah untuk bulan April berbanding bulan sebelumnya yang telah melepasi RM4,000 per tan metrik. Kenaikan ini menyebabkan berlakunya kenaikan harga runcit minyak masak tulen. 

“Bagaimanapun, bagi mengelak bebanan kepada rakyat dan pengguna kerajaan bersetuju untuk mengekalkan harga minyak masak tulen kemasan botol bagi tempoh berkenaan,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Harga Gula Tak Naik - Fuziah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Amaran Hujan Berterusan Tahap Waspada Di Terengganu, Pahang, Johor Hingga Esok

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jumlah Mangsa Banjir Di Kelantan, Terengganu, Pahang Terus Meningkat Malam Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 46 minit yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad