web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 4.40 Berbanding Dolar AS Pada 2024 - MIER

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Nov 2023 6:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit dijangka meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2024, terutamanya pada separuh kedua tahun berkenaan kepada paras 4.40, menurut Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).

Ahli lembaga MIER Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata antara faktor yang memacu ringgit untuk mengukuh berbanding dolar AS tahun depan adalah kenaikan kadar cukai jualan dan perkhidmatan kepada 8.0 peratus yang akan memberi hasil tambahan kepada kerajaan dan menambah baik kedudukan fiskal.

Beliau berkata ringgit telah merosot pada 2023 yang didorong pemintaan luaran lebih lemah, pertumbuhan ekonomi lebih perlahan di China serta peningkatan kadar faedah Rizab Persekutuan AS.

“Kedudukan ringgit telah menjadi aspek yang menjadi kebimbangan kami. Kita perlu mengendalikan perbezaan kadar faedah kita dan AS, malah semua negara lain,” katanya semasa sesi pembentangan Prospek Ekonomi Malaysia pada Persidangan Prospek Ekonomi Negara di sini hari ini.

MIER turut meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia pada julat 4.3 peratus hingga 4.6 peratus pada 2024. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Ringgit Mata Wang Paling Lemah Di Asia Tahun Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik