web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ringgit Mata Wang Paling Lemah Di Asia Tahun Ini

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jul 2023 9:00AM

Reuters melaporkan, ekuiti negara ini dan Thailand adalah yang terburuk dalam pasaran campuran. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ringgit Malaysia mencatatkan penurunan hampir enam peratus pada separuh pertama 2023, sekali gus mendahului kejatuhan dalam kalangan mata wang negara Asia.

Reuters melaporkan, ekuiti negara ini dan Thailand adalah yang terburuk dalam pasaran campuran.

Jelas agensi itu, kebanyakan mata wang Asia pulih daripada kerugian awal, dengan peso Filipina dan baht Thailand mendahului peningkatan, masing-masing mencatatkan kenaikan 0.4 peratus.

Bagi separuh tahun pertama 2023, ringgit mencatatkan kejatuhan terbesar dalam kalangan negara sedang pesat membangun di Asia, apabila susut 5.8 peratus disebabkan oleh aliran keluar modal.

Kali terakhir ringgit diniagakan adalah pada 4.670 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), menghampiri paras terendah dalam lapan bulan.

"Ringgit mencatatkan prestasi kurang baik di Asia berikutan aliran keluar ekuiti asing yang berterusan. 

“Begitupun, peningkatan dari segi pertumbuhan boleh mengubah sentimen dan kita boleh melihat ringgit berbanding dolar AS mengukuh sekitar paras 4.60 hingga 4.70 pada separuh kedua 2023," kata Ahli Strategi Makro DBS Bank, Wei Liang Chang.

Pasaran saham tempatan jatuh sehingga 7.7 peratus dalam tempoh sama dan Malaysia antara negara yang mencatatkan prestasi terburuk di rantau ini.

Minggu depan, Bank Negara Malaysia (BNM) akan bermesyuarat untuk membuat keputusan berkenaan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Penganalisis di Barclays pula menjangkakan kadar penanda aras dikekalkan bank pusat itu tanpa membuat sebarang perubahan.

Sementara itu, baht Thailand turut mencatatkan penurunan jatuh hampir tiga peratus dan ketika ini, berada di paras terendah dalam tempoh tujuh bulan.

Ia kekal berada di bawah tekanan kerana ekonomi kedua terbesar Asia Tenggara itu mengalami keadaan tidak menentu untuk memilih Perdana Menteri baharu.

"Punca utama (kelemahan mata wang Asia berbanding dolar AS) adalah Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed), (Jerome) Powell terus membayangkan retorik kadar faedah tinggi, dengan memberikan isyarat sekurang-kurangnya dua kali lagi kenaikan kadar," kata Ahli Strategi Kanan Asia ANZ, Irene Cheung.

Sementara itu, yuan China turut susut kepada 7.2615 setiap dolar pada hari Jumaat yang juga merupakan paling lemah sejak 10 November lalu. - Getaran, 2 Julai 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 4.40 Berbanding Dolar AS Pada 2024 - MIER

4

Sukan 2 tahun yang lalu

388 Atlet Bersaing Pada Kejohanan Karate Asia Ke-19

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik