web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tabung Haji Perkenal Perkhidmatan Pindahan Dana Menerusi JomPAY

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Feb 2021 2:44PM

Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) memperkenalkan kemudahan pemindahan dana dalam talian menerusi JomPAY sebagai sebahagian usaha ke arah digitalisasi dengan menyediakan lebih banyak titik sentuh untuk memudahkan para pendeposit.

Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mustakim Mohamad berkata pendeposit dapat memindahkan dana daripada akaun simpanan atau semasa bank kepada akaun simpanan TH melalui platform perbankan Internet sedia ada.

“Tambahan pula, para pendeposit tidak perlu membuat sebarang pendaftaran untuk menggunakan kemudahan ini dan ia adalah percuma,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut TH jumlah transaksi pendeposit yang menggunakan kemudahan perbankan Internet dan pelbagai saluran dalam talian telah meningkat kepada hampir 80 peratus berbanding transaksi yang dilakukan di kaunter.

Ia menjelaskan sebanyak 28 bank di Malaysia menyediakan kemudahan ini menerusi platform perbankan Internet masing-masing.

‘Biller Code’ JomPAY bagi simpanan TH adalah 60228 dengan 15-digit nombor Akaun Simpanan TH perlu dimasukkan sebagai Ref-1. – Bernama
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

TH Komited Bantu Pasukan Petugas Khas Polis Tangani Isu Penipuan Pakej Haji

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Pendeposit Diingatkan Tidak Buka Mesej, Hantaran Meragukan - TH

3

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Ahli Ekonomi Unjur Dividen TH 2.75 Hingga 3.10 Peratus Tahun Ini

4

Video & Galeri 3 tahun yang lalu

14,306 Jemaah Malaysia Menunggu Hari Wukuf

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?