Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Cadangan 5G Emir Research Lima Kali Lebih Mahal - Firma UK

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2022 11:15AM

Plum Consulting London LLP menyangkal dakwaan Emir Research bahawa Digital Nasional Bhd (DNB), memerlukan lebih 10,000 kawasan menara pemancar untuk menyediakan 90% liputan populasi menjelang 2027 - Gambar Fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan kumpulan pemikir tempatan Emir Research untuk menentukur semula pelancaran jalur lebar 5G negara akan menjadi empat hingga lima kali lebih mahal di peringkat borong berbanding model Single Wholesale Network (SWN) yang digunakan kerajaan, kata firma bebas Britain.

Dalam laporan baru-baru ini, Plum Consulting London LLP menyangkal dakwaan Emir bahawa Digital Nasional Bhd (DNB), sebuah badan tujuan khas yang melaksanakan pelancaran itu, memerlukan lebih 10,000 kawasan menara pemancar untuk menyediakan 90% liputan populasi menjelang 2027.

Laporan disediakan perunding Grant Forsyth, David Lewin dan Profesor William Webb menyatakan, andaian dibuat Emir adalah melangkaui 7,500 kawasan menara pemancar yang menyaksikan DNB memerlukan 80 peratus liputan populasi.

Plum juga menegaskan bahawa anggaran 10,000 kawasan menara pemancar oleh DNB adalah mencukupi.

"Tiada bukti yang menunjukkan bahawa anggaran (oleh DNB) ini salah," kata firma itu dalam laporannya.

"Konklusi Emir mungkin mempunyai kesahihan jika, seperti yang diandaikan, spektrum 5G tidak tersedia pada 700 MHz. 

“Tetapi ia ada dan akan digunakan secara meluas oleh DNB untuk menyediakan liputan kerana rangkaiannya diperluaskan daripada 80% kepada 90% liputan populasi.”

Kos DNB adalah telus sepenuhnya dan termasuk dalam pelan perniagaan terperinci yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan penelitian menyeluruh - Gambar Fail
Kos DNB adalah telus sepenuhnya dan termasuk dalam pelan perniagaan terperinci yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan penelitian menyeluruh - Gambar Fail

Firma Britain itu merujuk kepada artikel yang ditulis baru-baru oleh Presiden dan Ketua Eksekutif Emir Research, Rais Hussin bertajuk ‘Reviewing Contentious DNB’s 5G’, yang diterbitkan di pelbagai laman berita pada 6 Disember.

Antara lain, Plum menyangkal dakwaan Rais bahawa akan wujud "industri dengan persaingan dan inovasi yang rendah seterusnya merendahkan kualiti tetapi tidak mengurangkan harga” jika model SWN digunakan dan bukannya beberapa rangkaian akses 5G.

Plum juga berkata bahawa melancarkan enam rangkaian 5G - satu untuk setiap syarikat telekomunikasi utama - memerlukan enam kali lebih banyak stesen pangkalan 5G.

“Kos unit bagi setiap stesen pangkalan mungkin lebih rendah sedikit di bawah pilihan enam rangkaian. Tetapi kami menganggarkan kos keseluruhan 10 tahun pemilikan rangkaian 5G di bawah pilihan ini akan menjadi empat hingga lima kali lebih besar berbanding SWN,” katanya.

“Ini bermakna harga pengguna akhir di bawah SWN dijangka sekitar 60% lebih rendah berbanding dengan penggunaan enam rangkaian 5G.”

Plum pakar dalam menasihati kerajaan, pengawal selia dan pengendali di seluruh dunia mengenai dasar telekomunikasi, peraturan, pasaran dan isu teknologi.

Firma itu telah berkata bahawa sejak 15 tahun lalu ia telah mengusahakan beratus-ratus projek sedemikian termasuk kerja-kerja melibatkan perkhidmatan mudah alih 4G dan 5G.

 

Masalah Kos

Dalam tulisannya, Rais meragui kebolehpercayaan kos SWN yang disediakan DNB disebabkan kemungkinan ‘kos tersembunyi’ yang sama ada ‘tidak dibentangkan secara telus atau tidak dipertimbangkan dengan teliti’.

Rais Hussin Rais meragui kebolehpercayaan kos SWN yang disediakan DNB disebabkan kemungkinan ‘kos tersembunyi’ - Gambar Fail
Rais Hussin Rais meragui kebolehpercayaan kos SWN yang disediakan DNB disebabkan kemungkinan ‘kos tersembunyi’ - Gambar Fail

Beliau berkata RM4 bilion dalam anggaran kos korporat selama 10 tahun untuk 'entiti yang hampir tidak memiliki apa-apa, tidak melakukan apa-apa kecuali memainkan peranan sebagai seumpama orang tengah, hanya membuka ruang untuk penelitian dan pemerincian lebih lanjut.’

Plum pula berkata bahawa kos DNB adalah telus sepenuhnya dan termasuk dalam pelan perniagaan terperinci yang telah diluluskan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berikutan penelitian menyeluruh. 

Firma itu berkata pelan itu dibuat berdasarkan kos yang diberikan oleh Ericsson, salah satu vendor peralatan 5G terkemuka dunia, sambil menambah bahawa DNB telah mengadakan bidaan terbuka untuk membina dan mengendalikan rangkaian itu.

“Bidaan itu telah dimenangi oleh Ericsson dengan harga yang jauh lebih rendah daripada pembida lain," katanya.

“Sebagai organisasi pemaksimum keuntungan yang berpengalaman tinggi yang tertakluk kepada syarat kontrak yang ketat, Ericsson tidak mungkin mengetepikan atau menyembunyikan sebarang kos yang ketara.”

“DNB sedang melancarkan rangkaian 5G untuk memberi perkhidmatan kepada 80% penduduk dalam tempoh tiga tahun. Ini bukan tindakan organisasi yang 'hampir tidak memiliki apa-apa, tidak melakukan apa-apa'," kata Plum.

“Terdapat kos permulaan sekitar RM0.8 bilion dalam kos korporat RM4 bilion. Tetapi apabila kos permulaan ini dikecualikan, kos korporat DNB adalah sejajar dengan pengendali mudah alih Malaysia yang lain.

 

Kelewatan Pelancaran

Plum berkata cadangan Emir untuk menukar SWN kepada berbilang rangkaian akses 5G akan melibatkan kelewatan yang ketara dalam pelancaran 5G negara kerana sebahagian besar kerja DNB selama dua tahun ini tidak dapat digunakan. 

Plum juga menegaskan bahawa anggaran 10,000 kawasan menara pemancar oleh DNB adalah mencukupi - Gambar Hiasan AFP
Plum juga menegaskan bahawa anggaran 10,000 kawasan menara pemancar oleh DNB adalah mencukupi - Gambar Hiasan AFP

DNB dikatakan telah memenuhi sasaran pelancaran utamanya iaitu 80% liputan penduduk menjelang akhir 2024 lebih awal. Mereka telah mencapai liputan 40% setahun selepas memulakan penggunaan rangkaian tersebut dan mempunyai dua tahun untuk melengkapkan baki 40% lagi.

"Masa yang banyak diperlukan untuk menggantikan aturan semasa dan beralih ke rangkaian 5G individu untuk setiap pengendali mudah alih," kata Plum.

“Sebagai contoh, kita perlu menetapkan semula spektrum 5G dan menamatkan kontrak DNB dengan Ericsson, dengan Telekom Malaysia, dan dengan lima pengendali mudah alih yang kini mendaftar untuk tawaran akses rujukan DNB bagi 10 tahun akan datang.”

Plum berkata cadangan itu memerlukan enam kali lebih banyak pembinaan kawasan menara pemancar 5G berbanding model SWN. Ini menimbulkan masalah kerana membina menara pemancar memerlukan kepakaran teknikal yang besar manakala tenaga manusia dengan kemahiran ini adalah terhad.

“Hal ini sudah pasti akan menambah masa yang diperlukan bagi setiap operator untuk mencapai liputan populasi 80% – jauh melebihi tarikh sasaran DNB pada 2024. - The Vibes, 21 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

2

Semasa 1 bulan yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

3

Kolum 1 bulan yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Boleh Raih Manfaat Pengalaman 5G Telenor Di Sektor Maritim - Fahmi

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 12 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini