web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Operasi Perbankan Pengguna Berjalan Seperti Biasa - Citi Malaysia

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Apr 2021 3:00PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Citi Malaysia telah memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa operasi dan pejabat Perniagaan Pengguna akan terus berjalan seperti biasa dengan azam dan semangat yang sama untuk melayani dan menyokong pelanggan.

Ini berikutan pengumuman yang dibuat oleh Citigroup pada 15 April bahawa ia akan menutup francais perbankan pengguna di 13 pasaran seluruh Asia, Eropah dan Timur Tengah, termasuk Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Citi Malaysia Usman Ahmed berkata memandangkan Citi telah memulakan lembaran baharu di Malaysia, ia akan memastikan langkah itu dilakukan dengan cara yang melindungi kepentingan dan meminimumkan kesan terhadap pelanggan, pekerja dan pihak berkepentingan lainnya.

“Tidak akan ada perubahan dalam cara kami melayani pelanggan dan kami yakin dengan kemampuan untuk melaksanakannya dan akan menguruskan peralihan secara efektif.

“Kami akan memberikan makluman terkini apabila kami telah mempunyai butiran terperinci untuk dikongsikan tetapi kami ingin meyakinkan semua bahawa keutamaan kami tetap pada melayani keperluan perbankan pelanggan dan pelanggan kami,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Perniagaan Pengguna Elaine Fan juga berkata semua produk dan perkhidmatan yang ada akan berterusan seperti biasa dan tiada sebarang perubahan pada tahap perkhidmatan yang diberikan oleh mereka.

“Semua cawangan, ATM, pusat panggilan dan pejabat akan terus beroperasi seperti hari ini. Pelanggan boleh terus melakukan transaksi atau membuat pertanyaan perkhidmatan melalui Citi Mobile App, Citibank Online dan CitiPhone.

“Ini semua akan berjalan seperti biasa sehinggalah kami memaklum kepada pelanggan sebarang perubahan di masa hadapan,” jelasnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Harga Murah, Akses Mudah Faktor Pengguna Berbelanja Di Platform E-Dagang

2

Semasa 2 tahun yang lalu

2,000 Tambahan Penumpang Sehari Disasar Guna KTM Komuter Utara

3

Selera 3 tahun yang lalu

Kopi Jiran Imbau Nostalgia Zaman Dahulu

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kenaikan Surcaj Elektrik Beri Impak Kecil Kepada Pengguna

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori