web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selangor Beri Pengecualian Penuh Duti Hiburan Bagi Bayaran Masuk Taman Tema - MB

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Feb 2021 2:32PM

Suasana meriah di Taman Tema Air Bangi Wonderland yang dikunjungi orang ramai sempena cuti Hari Natal ketika tinjauan pada 25 Disember 2020. Gambar: Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Selangor bersetuju memberi pengecualian penuh duti hiburan bagi bayaran masuk ke taman tema di negeri itu bermula 18 Mac 2020 hingga 31 Dis tahun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata keputusan yang memberi impak kewangan sebanyak RM26.35 juta kepada kerajaan negeri itu dibuat selepas mengambil kira bilangan taman tema di Selangor dan bebanan dihadapi pihak terbabit susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Amiruddin berkata kerajaan negeri juga bersetuju mengurangkan kadar duti hiburan daripada 25 peratus kepada lima peratus ke atas setiap bayaran masuk ke taman tema di Selangor selama lima tahun bermula 1 Jan tahun depan hingga 31 Dis 2026.

“Implikasi daripada pengurangan kadar ini, kerajaan negeri Selangor dianggarkan akan kehilangan hasil sebanyak RM21.04 juta setahun untuk tempoh lima tahun tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata penularan pandemik COVID-19 dan pelaksanaan PKP sejak Mac tahun lepas memberi kesan kepada sektor pelancongan terutamanya pendapatan pengusaha taman tema apabila ia terpaksa ditutup dan tidak dapat beroperasi sepenuhnya.

Pengusaha taman tema juga katanya memerlukan kos pelaburan semula yang tinggi berbanding pengusaha premis hiburan lain bagi menampung kos pengubahsuaian, menambah baik fasiliti dan juga tarikan baharu untuk memikat pengunjung yang datang.

“Pengusaha taman tema adalah antara pemain utama yang merancakkan industri pelancongan di Selangor. Perkembangan industri itu dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat terutama generasi muda melalui peluang pekerjaan.

“Perkembangan industri pelancongan seperti taman tema akan mempunyai kesan berganda kepada sektor lain seperti agensi pelancongan, perhotelan, pengangkutan dan sebagainya,” katanya.

Amirudin berkata inisiatif kerajaan negeri itu dapat meneruskan kelangsungan industri dan perniagaan yang akan lebih terjamin, selain nasib pekerja dalam sektor pelancongan juga akan terbela. – Bernama
 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

3

Semasa 1 bulan yang lalu

7 Ajaran Sesat Dikenal Pasti Di Selangor Dalam Tempoh 5 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Selangor Sambut Baik Cadangan Lokasi Hospital Awam PJ - Amirudin

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?