web statsweb stats

Berita Terkini

6 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ekonomi Global 'Semakin Hampir' Kepada Kemelesetan - Bank Dunia

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Oct 2022 1:11PM

Penduduk beratur untuk membeli beras daripada pemborang di Monrovia, pada 5 Oktober lalu. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

WASHINGTON - Ekonomi global "semakin menjerumus" kepada kemelesetan apabila kadar inflasi kekal tinggi, kadar faedah meningkat dan beban hutang bagi negara-negara membangun semakin meningkat, kata Presiden Bank Dunia, David Malpass pada Khamis.

"Kami telah menurunkan unjuran pertumbuhan 2023 daripada tiga peratus kepada 1.9 peratus bagi pertumbuhan global, yang dilihat semakin hampir dengan kemelesetan dunia," kata Malpass pada sidang media semasa mesyuarat tahunan IMF dan Bank Dunia.

"Masalah inflasi, kadar faedah meningkat dan pemotongan aliran modal terhadap negara membangun menjejaskan golongan miskin dengan teruk," katanya sambil menekankan peningkatan hutang bagi negara membangun.

"Kemelesetan dunia boleh berlaku dalam keadaan tertentu," kata Malpass.

Dalam kajian yang diterbitkan pada pertengahan September, Bank Dunia memberi amaran bahawa apabila bank pusat di seluruh dunia secara serentak menaikkan kadar faedah sebagai tindak balas kepada inflasi, dunia mungkin menuju ke arah kemelesetan global pada 2023, dengan ramalan pertumbuhan hanya 0.5 peratus.

Ketua Bank Dunia berkata bahawa pertumbuhan penduduk dunia dianggarkan pada kadar 1.1 peratus setahun. 

Memetik laporan Bank Dunia baru-baru ini, Malpass berkata bahawa pandemik COVID-19 memberi kesan terbesar kepada usaha mengurangkan kadar kemiskinan global sejak 1990, memaksa kira-kira 70 juta orang ke dalam kancah kemiskinan tegar pada 2020, manakala krisis di Ukraine dikhuatiri memburukkan lagi keadaan.

Menurut Laporan Kemiskinan dan Kemakmuran Bersama, pendapatan median global merosot sebanyak empat peratus pada 2020, penurunan pertama sejak pengukuran median pendapatannya bermula pada 1990. - Bernama

Sorotan

1

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

X70 Bertembung Dengan Treler; Ibu, Anak Lelaki 10 Tahun Maut

3

‘Adakah Saya Angkuh Jika Dengar Suara Majoriti Bangsa Johor?’ - Onn Hafiz

4

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

5

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

6

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis