web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KAPB Jalin Kerjasama Syarikat Tempatan, GDV Bernilai RM11 bilion

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 6:56PM

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara KAPB, Chase Perdana Sdn Bhd dan AMC yang diadakan di Kuala Lumpur, semalam. - Gambar Sadik Asyraf Mohd Yusof

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR –  Kumpulan Koperasi Amanah Pelaburan Berhad (KAPB) melangkah setapak lagi menerusi usahama pelaburan dengan Chase Perdana Sdn Bhd dan Academic Medical Centre Sdn Bhd (AMC), bernilai RM4.3 bilion.

Kerjasama itu dijalankan KAPB menerusi anak syarikat mereka, Ap Holding Berhad (APHB) yang akan memfokus kepada pembangunan projek hartanah, membabitkan nilai pembangunan kasar (GDV) RM11 bilion.

Pengerusi KAPB, Datuk Ilyas Mohamed berkata, projek pertama akan dibangunkan di Kota Kinabalu, Sabah antara APHB dan Chase Perdana, membabitkan pembangunan bercampur di atas kawasan seluas 10.11 hektar.

"Bagi projek kedua, APHB dan AMC merancang untuk membangunkan sebuah hospital dengan kapasiti lebih 400 katil dan universiti dengan keluasan 57.1 hektar di Serdang, membabitkan GDV hampir RM8 bilion,” katanya pada sidang media perjanjian kerjasama itu di sini, semalam.

Beliau menarik perhatian, kedua-dua projek itu dijangka mengambil masa antara lima hingga 10 tahun untuk siap sepenuhnya.

“Kami berharap kerajaan dapat menggalakkan dan membantu mewujudkan insentif pelaburan, untuk membolehkan ia menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat.

“Pembangunan projek seumpama ini diyakini mampu merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi selepas terkesan dengan penularan pandemik COVID-19,” katanya.

Menurut beliau, senario semasa menyaksikan kerajaan lebih cenderung memberi peluang kepada pelabur asing dari aspek insentif, berbanding layanan sama ke atas syarikat tempatan.

“Fenomena ini menyebabkan banyak ahli perniagaan Malaysia kurang berminat untuk melabur dalam negara, kerana tidak ada faktor yang menggalakkan mereka berbuat demikian,” tegasnya.

Turut hadir pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif Chase Perdana, Sathappan Ganeson dan Pengarah AMC, Yogeshwary S.

Mengulas mengenai mengenai status pemilikan bangunan Exchange 106 oleh APHB, Ilyas memberitahu, pihaknya hanya memiliki pegangan 51 peratus ke atas premis berkenaan. – Getaran, 10 April 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 4 minggu yang lalu

Tekanan Industri, Ekonomi Semakin Meruncing, Konflik Global Ancam Sektor Pengeluaran

2

Ekonomi 1 bulan yang lalu

Tekanan Pasaran Kian Meningkat, Amalan Pengendalian Kargo Jadi Kebimbangan

3

Ekonomi 4 bulan yang lalu

AMCRA Mampu Ubah Struktur Industri Pemulihan Kredit, Bantu Lindungi Maruah Peminjam

4

Ekonomi 4 bulan yang lalu

Penubuhan AMCRA Langkah Penting, Wujud Interaksi Profesional Antara Pemiutang Dan Peminjam

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori