web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Gamuda Raih Kontrak RM1.97 Bilion Projek Bekalan Air Sg Rasau

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Jul 2022 11:30AM

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menganugerahkan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) bernilai RM1.97 bilion kepada Gamuda Bhd. - Gambar laman web Gamuda.com.my

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd menganugerahkan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau (Peringkat 1) bernilai RM1.97 bilion kepada Gamuda Bhd.

Menurut kumpulan kejuruteraan dan pembinaan itu, ia telah menerima surat setuju terima bagi projek yang dicadangkan, sekali gus menjadikannya sebagai kontraktor utama untuk membina loji rawatan air dengan kapasiti 700 juta liter sehari (MLD) berhampiran Tanjung Dua Belas serta struktur takungan berkapasiti 1,400 MLD untuk mengeluarkan air mentah tambahan dari bekas kolam perlombongan di Taman Putra Permai, Puchong.

"Sebaik selesai, projek ini akan membantu menyelesaikan isu kekurangan margin bekalan rizab air rendah yang dihadapi oleh penduduk Klang dan Selangor secara umumnya," katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

Gamuda berkata projek tersebut yang turut melibatkan pembinaan dua jejantas melintasi Lebuhraya Elite dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan akan dimulakan pada 15 Julai ini dan dijangka selesai menjelang 30 Jun, 2025.

Katanya projek itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan kumpulan untuk tahun kewangan berakhir 31 Julai, 2023.

Menurutnya risiko utama adalah risiko mata wang yang mungkin menjejaskan kos bahan dan peralatan yang diimport, di samping harga bahan pembinaan yang turun naik dan situasi pasaran buruh yang terhad pada masa ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

TARA 2 tahun yang lalu

Skyline Luge Kuala Lumpur Mula Beroperasi Hari Ini

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Pencemaran Air: Mahkamah Rayuan Beri Pampasan RM100,000 Kepada Syarikat Bekalan Air

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Selangor Bina Infrastruktur Salur Air Mentah Dari Kolam Secara Sistematik - Exco

4

Semasa 4 tahun yang lalu

Kerja Tambah Baik, Senggara Loji Rawatan Air Siap Dilaksanakan - Air Selangor

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini