Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Skyline Luge Kuala Lumpur Mula Beroperasi Hari Ini

Alamilah peluncuran dengan daya graviti Luge yang terkenal di dunia dan pertama seumpamanya di Malaysia!

TARA Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2023 2:53PM

gambar Afif Abd Halim

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Bagi yang biasa melalui Lebuhraya Utara – Selatan, pasti anda akan terpandang dengan satu tarikan yang seakan memanggil-manggil untuk dikenali. Kalau anda hendak tahu, itulah tarikan terbaharu yang ditawarkan Gamuda Gardens.

Sekian lama dinanti-nantikan, Skyline Luge Kuala Lumpur (Skyline Luge KL) kini sudah bersedia untuk menerima kunjungan orang ramai. Bermula hari ini, anda sekeluarga boleh mencuri masa untuk memburu keseronokan di pinggir bandar Kuala Lumpur.

Hab hiburan seluas 50 ekar itu terletak di Gamuda Luge Gardens, iaitu di tengah-tengah koridor kemajuan utara Lembah Klang. Sebagai tambahan terbaharu kepada landskap hiburan bandar, ia menjanjikan pengembaraan yang sukar dilupakan untuk pengunjung dari segenap lapisan umur.

Sementara itu, Skyline Luge yang diasaskan di New Zealand pada 1985 dan Skyline Luge Kuala Lumpur adalah yang pertama di Malaysia dan masing-masing tapak Luge yang kelapan di seluruh dunia serta yang kedua di Asia Tenggara.

Taman aktiviti ini menampilkan jumlah trek sepanjang lebih 1.6 kilometer, terdiri daripada empat trek dengan tema berbeza iaitu Legenda, Ultra, Graviti dan Ekspres, yang setiap satunya

menjangkau sehingga 650 meter. Ciri unik taman ini terletak pada terowong terpanjang yang pernah dibina dalam portfolio Skyline, yang disirami lampu LED bergerak yang memberi sensasi keseronokan memuaskan.

Alamilah Night Luge, satu pengalaman unik dengan trek bermandikan warna-warni pada waktu malam. Skyline Luge adalah mesra keluarga, menjadikan ia sesuai untuk semua peringkat umur.

Jangan takut atau teragak-agak untuk mencuba kerana ia mudah sahaja.

Paling penting, beri perhatian kepada taklimat yang diberikan sebelum aktiviti bermula. Kawalan semuanya berpusat pada hendal kenderaan. Ada tiga langkah yang harus diingati. Bagi brek, tarik hendal rapat ke dada dan untuk menggerakkannya, tolak ke tengah, manakala bagi parkir, tolak ke depan.

Satu lagi ciri pintar yang ada pada permainan ini adalah ia menyediakan helmet RFID bebas tangan, bagi merakam semua memori indah melalui foto dan video automatik ketika anda memecut di trek.

Jadi, tak perlu risau jika tiada gajet yang sesuai untuk rakaman aksi. Tak perlu risikokan keselamatan diri, sebaliknya meluncurlah dengan senang hati. Tentang gambar dan video, boleh dapatkan daripada pihak pengurusan pada harga minimum.

“Skyline Luge sentiasa di barisan hadapan dalam menyampaikan pengalaman yang inovatif dan hebat. Jadi, kehadiran kami dalam landskap hiburan di Malaysia akan membuka satu lembaran yang mengujakan bagi kami.”

“Taman aktiviti Kuala Lumpur kami menampilkan terowong terpanjang yang pernah dibina, sekali gus menetapkan piawaian baharu untuk pencari keseronokan! Kami cukup teruja untuk

memperkenalkan pengembaraan baharu ini kepada rakyat Malaysia. Ia menjanjikan pengalaman menakjubkan dan sukar ditandingi, yang sudah tentu akan menjadi kemuncak dalam kemeriahan landskap Kuala Lumpur,” kongsi Pengurus Besar Skyline Luge Kuala Lumpur, Gavin Barnes.

Pasti ramai yang hendak tahu mengenai harga bukan? Baiklah, ada beberapa pakej yang boleh anda pilih mengikut bajet yang sesuai dengan poket. Namun, Getaran cadangkan supaya anda mengambil  pakej Five Luge Rides + Skyride yang berharga RM80 untuk kepuasan maksimum dan lebih banyak penjimatan. Seperti yang dijelaskan di atas, ada empat trek berbeza yang boleh dilalui. Jika harga ini mahal untuk anda, bolehlah sekadar mencuba pakej Two Luge Rides + Skyride yang berharga RM50.

Terdapat lagi pakej-pakej lain yang boleh dibeli termasuklah untuk kanak-kanak berusia bawah 6 tahun yang berharga RM25 sahaja.

Selain itu, perlu diingatkan bahawa terdapat had umur atau ketinggian untuk kanak-kanak yang ingin menunggang Luge secara solo. Setiap penunggang mesti berketinggian sekurang-kurangnya 110 sm jika ingin menunggang Luge secara bersendirian.

Jika tidak, mereka perlu berkongsi Luge dengan seorang dewasa. Bagi Skyride (chairlift), pengunjung yang ketinggiannya melebihi 136 sm boleh menaiki Skyride secara bersendirian, manakala pengunjung yang lebih rendah dan kecil perlu ditemani orang dewasa.

Terus berhibur di FunPark.  Alang-alang sudah sampai ke sini, teruskanlah pengembaraan anda di FunPark, Gamuda Gardens yang terletak di dalam kawasan yang sama. Sesuai dengan namanya, FunPark ini memang direka bagi memenuhi permintaan mereka yang gemar membawa keluarga bercuti untuk mencipta memori.

Antara tarikan yang sedia menanti adalah Big Bucket Splash, tarikan permainan air yang menyeronokkan. Jika anak-anak anda suka bermain air, percayalah ini mungkin tarikan yang paling

lama perlu disinggahi. Tidak mengapa, jika perut mula bernyanyi untuk di isi, ada beberapa restoran yang boleh dijadikan pilihan untuk menjamu selera.

Skyline Luge Kuala Lumpur dibuka pada setiap hari, kecuali pada Rabu. Waktu operasi pula bermula dari jam10 pagi hingga 6 petang pada Isnin, Selasa dan Khamis. Manakala pada Jumaat, Sabtu dan Ahad ia bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk maklumat terkini mengenai Skyline Luge Kuala Lumpur boleh ikuti mereka di Facebook dan Instagram - Getaran, 9 Disember 2023

Isu Pada

Jamu Selera Hiburkan Hati 16 Dis

16 Dec 2023

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 tahun yang lalu

Gamuda Raih Kontrak RM1.97 Bilion Projek Bekalan Air Sg Rasau

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM