Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


495 Penerbangan Tertunda Lebih Sejam Ketika Aidilfitri, AirAsia Tertinggi - MAVCOM

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2022 8:51PM

AirAsia mengendalikan 2,954 penerbangan, membabitkan 13 peratus atau 368 penerbangan tertunda melebihi satu jam, kata MAVCOM. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 495 atau lapan peratus penerbangan merekodkan penundaan perjalanan melebihi satu jam pada musim Aidilfitri baru-baru ini.

Menurut Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), siasatan itu membabitkan analisis data gangguan jadual penerbangan dibuat berdasarkan laporan dikemukakan syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.

Katanya, berdasarkan penemuan awal MAVCOM, syarikat penerbangan domestik telah mengendalikan lebih 6,000 sepanjang tempoh perjalanan Aidilfitri dari 29 April hingga 9 Mei lalu, berbanding lebih 8,000 penerbangan domestik yang dikendalikan sepanjang tempoh keraian itu pada Jun 2019, sebelum penularan COVID-19.

“Sepanjang tempoh perjalanan itu, AirAsia mengendalikan 2,954 penerbangan, membabitkan 13 peratus atau 368 penerbangan tertunda melebihi satu jam, diikuti Malaysia Airlines yang mengendalikan 1,447 penerbangan dengan mencatatkan tiga peratus atau 44 penerbangan tertunda.

“MASwings pula mengendalikan 656 penerbangan dengan 10 peratus atau 64 penerbangan tertunda, manakala penerbangan Firefly tertunda sebanyak dua peratus atau 15 penerbangan daripada 680 penerbangan dikendalikan,” katanya.

MAVCOM mengeluarkan kenyataan itu susulan penemuan awal siasatannya mengenai penundaan penerbangan oleh syarikat pengendali semasa tempoh perjalanan Aidilfitri.

Kenyataan sama memaklumkan, Batik Air yang sebelum ini dikenali sebagai Malindo Air, mencatatkan satu peratus atau empat penerbangan tertunda daripada 555 penerbangan dikendalikan.

Bagi penundaan penerbangan melebihi dua jam, katanya, analisis awal menunjukkan bahawa 71 peratus atau 119 penerbangan tertunda disebabkan beberapa faktor operasi, termasuk kekurangan pesawat, perhentian penerbangan malam tidak berjadual disebabkan had waktu pekerjaan sah anak kapal dan kelewatan ketibaan lanjutan dari penundaan.

Pada masa sama, MAVCOM berkata, ia disusuli faktor teknikal, seperti kerosakan pesawat, penyelenggaraan mendesak tidak dijadualkan serta kekurangan alat ganti atau peralatan penyelenggaraan secara kolektif, yang menyumbang kepada 25 peratus atau 41 penerbangan ditunda melebihi dua jam.

Menurutnya, kedua-dua faktor operasi dan teknikal, menyumbang kepada 96 peratus atau 160 penerbangan daripada jumlah penerbangan yang ditunda melebihi dua jam dalam tempoh perjalanan tersebut, manakala faktor lain disumbangkan keadaan cuaca buruk.

“Suruhanjaya (MAVCOM) sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai penyediaan penjagaan bagi 160 penerbangan ditunda melebihi dua jam untuk memastikan sama ada penjagaan seperti ditetapkan di bawah Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia (MACPC), disediakan kepada pengguna.

“Pengguna terjejas akibat penundaan penerbangan melebihi dua jam disebabkan faktor operasi dan teknikal, hendaklah diberikan makanan, panggilan telefon serta akses internet, selain penginapan dan pengangkutan bagi penundaan penerbangan selama lima jam atau lebih, sekiranya penginapan diperlukan mereka,” katanya.

Pengerusi Eksekutif MAVCOM, Datuk Seri Saripuddin Kasim pula berkata, MACPC ditubuhkan untuk memastikan hak pengguna penerbangan sentiasa dilindungi, dan syarikat penerbangan mematuhi undang-undang sedia ada.

Pengguna, katanya, harus ditawarkan penjagaan secara automatik, seperti tertakluk di bawah MACPC dan tidak perlu meminta penjagaan daripada syarikat penerbangan.

Jelasnya, suruhanjaya itu sedang dalam proses pengesahan justifikasi yang diberikan syarikat penerbangan berkaitan penyediaan penjagaan semasa penundaan penerbangan dalam tempoh ditinjau.

“MAVCOM tidak akan teragak-agak melaksanakan kuasa, sekiranya justifikasi diberikan tidak memenuhi keperluan di bawah MACPC,” katanya.

Pada masa sama, Saripuddin berkata, bergantung kepada jenis dan tahap ketidakpatuhan, syarikat penerbangan boleh dikenakan penalti kewangan tidak melebihi RM200,000 untuk kesalahan pertama, manakala dalam hal ketidakpatuhan kedua atau seterusnya, amaun 10 kali daripada penalti kewangan dikenakan sebelumnya bagi ketidakpatuhan terhadap MACPC.

Katanya, sebagai pengawal selia ekonomi dan komersial bagi industri penerbangan negara, menjadi kewajipan pihaknya untuk memastikan penyiasatan mendalam dan objektif dijalankan, sebelum sebarang tindakan diambil suruhanjaya.

Selaras dengan mandat pihaknya, beliau berkata, pihak berkenaan bermatlamat untuk menjadikan industri penerbangan awam di Malaysia berdaya maju dari segi komersial dan berdaya tahan, sambil memperkasakan pengguna untuk melindungi hak mereka sebagai pengguna penerbangan.

“Suruhanjaya turut menggesa semua syarikat penerbangan memainkan peranan dalam mendidik pengguna mengenai hak penerbangan mereka, seperti diperuntukkan dalam perenggan 19 MACPC,” katanya, - Getaran, 30 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

2

Ekonomi 3 minggu yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

3

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Bukan Mudah Syarikat Penerbangan Memanipulasi Harga Tambang Untuk Menuntut Subsidi - Loke

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 12 jam yang lalu

Tesla Turunkan Harga 2 Model EV Mulai Hari Ini