web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ringgit Dijangka Terus Meningkat Susulan Kemajuan Program Pemvaksinan COVID

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2021 11:08AM

Ringgit boleh meningkat lebih tinggi jika program pemvaksinan positif - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Ringgit dijangka terus meningkat kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan dengan para pelabur memberi perhatian kepada kemajuan program pemvaksinan COVID-19.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata ringgit boleh meningkat lebih tinggi untuk mencecah RM4.03 berbanding dolar AS minggu depan jika terdapat perkembangan positif mengenai pelaksanaan vaksin tersebut.

“Jika tidak, lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan dijangka mengekang peningkatan ringgit dan mungkin menyebabkan penyusutan,” katanya kepada Bernama.

Program suntikan vaksin COVID-19 Malaysia akan bermula pada Februari, dengan kapasiti ujian sebanyak 150,000 dos sehari yang disasarkan dicapai pada pertengahan tahun ini.

Pada 11 Jan lepas, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia dijangka menerima vaksin Pfizer-BioNTech bagi fasa pertama iaitu pada akhir Februari.

Dalam perkembangan lain, Adam berkata kemajuan pakej bantuan ekonomi bernilai US$1.9 trilion yang dicadangkan Presiden AS, Joe Biden akan dipantau rapat minggu depan, memandangkan ia dapat membantu menambah baik sentimen terhadap mata wang negara pesat membangun termasuk ringgit.

“Ini pasti mempengaruhi sentimen dalam pasaran domestik kerana rangsangan boleh meningkatkan penggunaan dan permintaan terhadap barangan di luar AS dan kemudian memberi impak positif kepada eksport,” katanya.

Bagi minggu ini, dagangan ringgit bermula lemah susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0, harga minyak mentah susut, kenaikan jumlah kes COVID-19 di seluruh dunia serta pelaksanaan suntikan vaksin tertangguh.

Ringgit meningkat pada Rabu disokong peningkatan harga minyak mentah serta unjuran ekonomi global yang positif oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) .

Mata wang tempatan mengakhiri dagangan minggu ini dengan prestasi lebih kukuh berbanding dolar AS susulan pengesahan Moody's Investors Service mengenai penarafan penerbit jangka panjang mata wang tempatan dan asing Malaysia pada A3 dengan unjuran stabil telah melonjakkan minat risiko dalam pasaran.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat, ringgit lebih tinggi berbanding dolar AS pada 4.0400/0450 daripada 4.0415/0445 minggu lepas.

Unit tempatan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0369/0416 daripada 3.0451/0485 minggu lepas dan kukuh berbanding yen Jepun kepada 3.8524/8575 daripada 3.8984/8021.

Ringgit turut stabil berbanding pound Britain kepada 5.5207/5291 daripada 5.5231/5288 dan tinggi berbanding euro kepada 4.8945/9021 daripada 4.9197/9246. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Jangan Jadikan Kelemahan Ringgit Senjata Politik - Anwar

2

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Kerajaan Tidak Pandang Ringan Penurunan Ringgit - PM

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Ringgit Dijangka Meningkat Kepada 4.40 Berbanding Dolar AS Pada 2024 - MIER

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

Sorotan

1

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

2

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

3

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

4

Wajib Isytihar Aset, Perkukuh Agenda Integriti - Abd Halim

5

PRN Johor: Perpecahan Dalaman PN Mampu Beri Kelebihan Kepada BN - Penganalisis 

6

Malaysia Yang Mana Mahu Kita Wariskan Untuk Anak Cucu?