web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Celcom Akan Penuhi Tarikh Akhir Proses Rundingan 5G Dengan DNB

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2022 8:02PM

Celcom telah diberikan tempoh sehingga 30 Jun depan bagi memuktamadkan proses perundingan dengan DNB. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Celcom Axiata Bhd akan cuba memenuhi tarikh akhir proses perundingan dengan Digital Nasional Bhd (DNB) mengenai perjanjian perkhidmatan untuk pelaksanaan rangkaian 5G negara.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Axiata Group Bhd, Datuk Izzadin Idris berkata syarikat itu diberikan tempoh sehingga 30 Jun depan bagi memuktamadkan proses tersebut.

"Kami berusaha sebaik mungkin untuk memenuhi proses tarikh akhir (rundingan)," katanya dalam satu sidang akhbar bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) firma itu hari ini.

Menurut laporan media, Celcom Axiata, Digi Telecommunications, Maxis Bhd dan U Mobile berhasrat untuk memiliki kepentingan majoriti dalam agensi 5G negeri.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa dilaporkan berkata rundingan antara syarikat telekomunikasi (telco) dan DNB sedang dijalankan, yang mana, syarikat-syarikat terbabit sedang dalam proses merundingkan harga atau nilai ekuiti yang ditawarkan.

Dalam perkembangan lain, Pengerusi Axiata, Tan Sri Shahril Ridza Ridzuan mengesahkan bahawa para pemegang saham telah meluluskan cadangan pengambilalihan kepentingan sebanyak 66.03 peratus dalam PT Link Net Tbk (LinkNet) Indonesia.

Semasa AGM hari ini, beliau berkata majoriti pemegang saham bersetuju dengan cadangan pengambilalihan yang berharga 8.72 trilion rupiah (RM2.55 bilion) itu.

"Majoriti 57.83 peratus mengundi sebagai tanda setuju manakala 42.17 peratus menentang," katanya.

Sementara itu, Izzadin berkata pembelian Linknet akan membolehkan Axiata mengukuhkan kedudukan pasarannya, memantapkan lagi langkah strategik syarikat itu ke pasaran jalur lebar tetap yang belum ditembusi sepenuhnya dan memacu pengembangannya di Indonesia.

Pada sidang akhbar yang sama, Axiata telah melancarkan Pelan Tindakan Iklim Bersih Sifar, dengan tujuan untuk mencapai pelepasan bersih-sifar tidak lewat daripada 2050, dengan sasaran jangka pendek pada 2030 bagi mengurangkan pelepasan karbon operasi sebanyak 45 peratus.

"Berpandukan pelan tindakan ini, Axiata akan memulakan strategi tiga serampang untuk mempercepatkan usaha nyahkarbon dalam operasi rangkaiannya, mempercepat transformasi rantaian nilai dan menyampaikan agenda iklim yang inklusif," kata Izzadin. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan