Berita Terkini

39 minit yang lalu: 5 individu nyaris maut pokok tumbang hempap kenderaan 40 minit yang lalu: Agong nasihat umat Islam elak bazir makanan di bulan ramadan 40 minit yang lalu: MBA gesa kerajaan percepat program biodiesel B20 di seluruh negara 41 minit yang lalu: Cadangan MRSM berbayar, kos haji tumpuan Dewan Rakyat hari ini 41 minit yang lalu: Malaysia sedia bekerjasama dengan Afghanistan - PM

IKUTI KAMI


Kepelbagaian Gender Dalam Lembaga Pengarah Catat Sedikit Peningkatan Pada 2020

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2021 3:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sehingga 31 Ogos 2020, kepelbagaian gender dalam lembaga pengarah mencatatkan sedikit peningkatan, dengan 24.82 peratus wanita menganggotai lembaga pengarah dalam 100 syarikat tersenarai teratas, berbanding 23.68 peratus pada 2018.

Menurut Laporan Tahunan 2020 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang dikeluarkan pada Khamis, data itu adalah berdasarkan ‘Corporate Governance Monitor 2020’ (CG Monitors 2020) yang melaporkan penerapan Kod Tadbir Urus Korporat Malaysia (MCCG) oleh syarikat tersenarai berdasarkan penzahiran yang dibuat dalam Laporan Tadbir Urus Korporat 2019 masing-masing.

“Berdasarkan CG Monitor 2020, peratusan wanita dalam lembaga pengarah bagi semua syarikat tersenarai adalah 16.96 peratus berbanding 15.69 peratus pada 2018.

“Terdapat 682 syarikat tersenarai mempunyai sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita dalam lembaga pengarah, meningkat daripada 634 pada 2018,” menurutnya.

Dalam pada itu, 772 syarikat tersenarai mempunyai kurang daripada 30 peratus wanita dalam lembaga pengarahnya, berbanding 791 syarikat tersenarai pada 2018.

Menurut laporan itu, CG Monitor 2020 turut mendapati 150 syarikat tersenarai telah mencapai sasaran untuk memiliki di antara 30 peratus dengan 50 peratus pengarah wanita, meningkat daripada 129 pada 2018.

Jumlah syarikat tersenarai yang mempunyai lebih daripada 50 peratus wanita dalam lembaga pengarah menunjukkan sedikit penurunan, daripada 16 pada 2018 kepada 15 syarikat tersenarai setakat Ogos 2020.

Bagi jumlah syarikat tersenarai yang mempunyai semua lelaki dalam lembaga pengarah pada 2020 juga berkurangan kepada 255 daripada 296 pada 2018, jelasnya.

Menurut laporan tahunan tersebut, terdapat lima syarikat dengan lembaga pengarah kesemuanya lelaki dalam 100 syarikat tersenarai teratas, iaitu Comfort Glove Bhd, Focus Dynamics Group Bhd, Frontken Corporation Bhd, Guan Chong Bhd dan Pentamaster Corporation Bhd.

Namun, setakat 31 Disember 2020 Guan Chong Bhd telah melantik dua wanita dalam lembaga pengarahnya manakala empat syarikat lagi masih mempunyai lembaga pengarah yang kesemuanya lelaki. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 11 bulan yang lalu

SC Tingkat Inisiatif Kekalkan Integriti Pasaran, Lindungi Pelabur

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Azam Baki Teruskan Tugas Ketua Pesuruhjaya SPRM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengarah Dan 2 Pegawai Kanan Serba Dinamik Didakwa Kemuka Pernyataan Palsu

Sorotan

1

Tambang Bas Sekolah: Jangan ‘Cekik Darah’, Ikut Tempoh Perkhidmatan, Adakan Perbincangan

2

Batal Pengecualian Cukai: Dakwa Muhyiddin Berniat Jahat, Guan Eng Lapor Polis

3

Pemuda UMNO Lapor Polis Pembukaan Kelab Pamer Thai Hot Guy, ‘Cukup-Cukuplah’

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 23 jam yang lalu

Jadikan Bidang Keusahawanan Sebagai Kerjaya Utama - Ahmad Maslan