Berita Terkini

1 jam yang lalu: Media tradisional perlu berinovasi dan berubah, menerima pakai teknologi baharu untuk menghadapi perubahan landskap media - Fahmi 1 jam yang lalu: Malaysia perlukan media bebas, berani bersuara tanpa rasa takut - Fahmi 3 jam yang lalu: Badminton Asia, BAM tandatangan MoU bawa badminton ke tahap lebih tinggi 3 jam yang lalu: Pekerja kuari maut dihempap bongkah batu 10 tan 3 jam yang lalu: Suku akhir Piala FA: Negeri Sembilan FC 1-3 Selangor FC

IKUTI KAMI


SC Tingkat Inisiatif Kekalkan Integriti Pasaran, Lindungi Pelabur

Ekonomi Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Mar 2022 4:18PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi memastikan integriti dan kestabilan pasaran tidak tergugat, Suruhanjaya Sekuriti (SC) meneruskan usaha kawal selianya pada tahun 2021 untuk memastikan pasaran kekal tangkas, berdaya tahan dan responsif di sebalik pandemik COVID-19.

SC berkata suruhanjaya itu akan terus memantau rapi risiko sistemik yang muncul dan melaksanakan pelbagai inisiatif kawal selia bertujuan untuk melindungi kepentingan pelabur dan pihak berkepentingan.

“Bagi mengekalkan standard tadbir urus yang tinggi dalam kalangan peserta pasaran dan memastikan pasaran modal yang berfungsi dengan teratur, pendekatan dan tumpuan penyeliaan SC ke atas pengantara, institusi dan pasaran turut diperkukuhkan, disokong oleh tindakan penguatkuasaan bagi pelanggaran undang-undang sekuriti yang serius,” kata suruhanjaya itu dalam Laporan Tahunan 2021 yang dikeluarkan hari ini.

Menurut SC, walaupun keadaan pasaran kewangan global semakin baik dan aktiviti ekonomi telah disambung semula, ancaman seperti kemunculan varian bahari COVID-19 akan terus menyebabkan ketidaktentuan kepada pasaran modal global dan domestik.

Justeru, katanya, adalah penting untuk mengesan dari awal kemunculan risiko dan kerentanan bagi mengekalkan kestabilan sistemik dalam pasaran modal.

“Dalam keadaan ini, SC terus berwaspada terhadap potensi risiko penurunan dan langkah-langkah yang sesuai tersedia bagi memastikan operasi pasaran modal yang adil dan teratur pada setiap masa,” katanya.

Menurutnya, suruhanjaya itu berusaha mengurangkan risiko sistemik dan meningkatkan kestabilan kewangan menerusi beberapa pendekatan, iaitu mempertingkatkan rangka kerja tadbir urus risiko dan pengawasan serta melaksanakan penilaian tematik.

Sepanjang tahun lepas, SC juga kerap mengadakan sesi perbincangan kawal selia bersama dan perkongsian maklumat dengan pihak pengawal selia lain seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) untuk mengenal pasti bidang kebimbangan risiko sistemik dalam kewangan dan pasaran modal di Malaysia serta mengadakan pemantauan pelbagai komponen pasaran modal.

SC juga menerapkan kebertanggungjawaban bersama dalam pasaran modal dengan mengguna pakai pelbagai intervensi untuk memupuk amalan dan budaya tadbir urus korporat yang baik dalam seluruh ekosistem pasaran termasuk pengarah, pemegang saham, dan pengawal pasaran.

Selain itu, ia juga meningkatkan pengawasan dan penyeliaan pasaran modal termasuk pemantauan ke atas Bursa Malaysia sebagai satu-satunya bursa bersepadu yang dibenarkan di Malaysia, agar ia dapat menawarkan sebuah platform dagangan yang andal, cekap dan telus, serta pemantauan terhadap Pengendali Pasaran Diiktiraf.

Dalam suasana volatiliti pasaran dan penyertaan runcit yang aktif, SC meningkatkan pemantauannya terhadap aktiviti pasaran untuk memastikan pengesanan dan pemakluman salah laku dagangan serta mengenal pasti arah aliran dan risiko yang baru muncul yang tepat pada masanya.

“Antara yang diberi perhatian ialah pemantauan terhadap aktiviti jualan singkat dikawal selia; aktiviti korporat; penzahiran yang mengelirukan; ketidakpatuhan terhadap piawaian pelaporan kewangan serta bidang pelanggaran korporat yang lain,” jelas SC.

Pengawasan turut ditingkatkan terhadap pengantara pasaran modal termasuk meningkatkan pemantauan luar tapak terhadap pengantara pasaran dan semakan tematik ke atas pemegang amanah bon.

SC berkata pihaknya juga sentiasa mengekalkan komunikasi terperinci dengan pengantara pasaran dan memberikan panduan melalui penerbitan Nota Panduan, pekeliling dan komunikasi kepada industri.

“Untuk memastikan bahawa garis panduan SC kekal relevan, jelas, dan dikemas kini, garis panduan baharu telah dikeluarkan dan semakan telah dibuat kepada garis panduan yang berkenaan untuk memasukkan peruntukan tambahan untuk menangani pelbagai kebimbangan yang baru timbul,” kata suruhanjaya itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 1 minggu yang lalu

Kerajaan Komited Tambah Baik Pelaburan Negara, Perkasa MIDA - Anwar

2

Semasa 2 minggu yang lalu

KKM Terus Langkah Kawalan COVID-19 Berdasarkan Protokol Semasa – Menteri

3

Semasa 2 minggu yang lalu

COVID-19 Masih Ancaman Besar, Pengawasan Perlu Diteruskan, Jika Tidak... 

4

Semasa 2 minggu yang lalu

KKM Laksana Penilaian Risiko Situasi COVID-19 Pertengahan Jun

Sorotan

1

HAWANA 2023: PM Akan Buat Beberapa Pengumuman Penting Berkenaan Hala Tuju Industri Media - Fahmi

2

Rombakan Kabinet Hak Mutlak, Budi Bicara Perdana Menteri - Ahmad Zahid

3

‘Master In The House Malaysia’ Sajian Terbaharu TV3

Disyorkan untuk anda

Ekonomi 1 hari yang lalu

Sekretariat UMNO Bantu Usahawan, Peniaga Demi Perkasa Ekonomi Bumiputera

oleh Aiman Sadiq

Ekonomi 1 hari yang lalu

Inflasi Malaysia Meningkat Kepada 3.3 Peratus Bagi April 2023 - Perangkaan

Ekonomi 1 hari yang lalu

Bank Negara Sedang Cari Penyelesaian Kukuhkan Ringgit - Ahmad Maslan