web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pengeluaran Getah Asli Susut 8.2 Peratus Pada Januari 2021 - Perangkaan

Ekonomi Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 4:35PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengeluaran getah asli Malaysia mencatat penurunan 8.2 peratus pada Januari 2021 kepada 45,735 tan metrik berbanding 49,825 tan metrik pada bulan sebelumnya, demikian menurut Jabatan Perangkaan pada Isnin.

Dari segi perbandingan tahun ke tahun, pengeluaran tersebut juga berkurangan sebanyak 31 peratus.

Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata eksport getah asli Malaysia bagi Januari 2021 berjumlah 48,125 tan metrik iaitu penurunan sebanyak 21.8 peratus berbanding 61,547 tan metrik pada Disember 2020.

“China terus kekal sebagai destinasi utama eksport getah asli iaitu 43.4 peratus daripada jumlah eksport pada Januari 2021 dan ini diikuti oleh Iran (8.5 peratus), Jerman (5.9 peratus), Turki (5.1 peratus) dan Finland (4.3 peratus),” katanya dalam satu kenyataan.

Mohd Uzir menjelaskan, sarung tangan getah merupakan bahan eksport utama dengan nilai eksport mencecah RM4.6 bilion pada Disember 2020 - peningkatan sebanyak 21.6 peratus kepada RM5.6 bilion pada Januari 2021.

Pengimport tertinggi sarung tangan getah tersebut adalah Amerika Syarikat, Jerman dan China.

Dalam pada itu, Jabatan Perangkaan turut memaklumkan bahawa stok simpanan getah asli bagi Januari 2021 telah meningkat sebanyak 11.7 peratus kepada 278,817 tan metrik berbanding 249,551 tan metrik pada Disember 2020.

Selain itu, bagi tempoh sama, harga purata bagi lateks pekat merekodkan penurunan kepada 550.26 sen sekilogram berbanding Disember 2020 pada 582.79 sen sekilogram.

“Getah Mutu Malaysia 20 (G.M.M. 20) turut menunjukkan penurunan kepada 628.58 sen sekilogram berbanding 628.74 sen sekilogram bagi tempoh sama,” katanya.

Menurut jabatan itu, penggunaan getah asli di peringkat domestik pada Januari 2021 mencecah 47,115 tan metrik iaitu meningkat sebanyak 11.2 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Pembuatan sarung tangan getah terus mendominasi industri pembuatan getah asli dengan menyumbang sebanyak 35,978 tan metrik atau 76.4 peratus daripada jumlah penggunaan domestik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

11.8 Juta Penduduk Guna Data Mudah Alih Bagi Akses Internet

2

Ekonomi 3 tahun yang lalu

Jumlah Dagangan Malaysia Cecah RM232.7 Bilion Pada Mac 2023

3

Ekonomi 4 tahun yang lalu

Eksport Getah Naik Dengan Lonjakan Permintaan Sarung Tangan Lateks

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori