web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jumlah Dagangan Malaysia Cecah RM232.7 Bilion Pada Mac 2023

Ekonomi Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Apr 2023 1:51PM

Dalam kenyataan media Statistik Eksport Import Mengikut Negeri bagi Mac 2023 hari ini, DOSM menyatakan nilai eksport susut 1.4 peratus kepada RM129.7 bilion manakala import turun 1.8 peratus kepada RM103.0 bilion - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah dagangan Malaysia pada Mac 2023 bernilai RM232.7 bilion, berkurangan sebanyak 1.6 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam kenyataan media Statistik Eksport Import Mengikut Negeri bagi Mac 2023 hari ini, DOSM menyatakan nilai eksport susut 1.4 peratus kepada RM129.7 bilion manakala import turun 1.8 peratus kepada RM103.0 bilion.

Mengulas prestasi itu, Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata penurunan eksport dipengaruhi oleh eksport lebih rendah oleh kebanyakan negeri seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (-RM775.6 juta); Kedah (-RM730.3 juta); Sabah (-RM651.7 juta); Pahang (-RM637.9 juta); Terengganu (-RM405.1 juta); Perak (-RM366.0 juta); Johor (-RM242.9 juta) dan Kelantan (-RM71.0 juta).

Bagaimanapun, nilai eksport meningkat di Sarawak sebanyak RM740.6 juta; Negeri Sembilan (RM369.3 juta); Wilayah Persekutuan Labuan (RM293.6 juta); Pulau Pinang (RM279.6 juta); Melaka (RM165.7 juta); Selangor (RM37.8 juta) dan Perlis (RM6.2 juta).

Prestasi import mengikut negeri pada Mac 2023 juga turun sebanyak 1.8 peratus tahun ke tahun kepada RM1.90 bilion berbanding tempoh sama pada tahun lepas, kata beliau.

Penurunan disebabkan import lebih rendah oleh kebanyakan negeri iaitu Melaka (-RM4.1 bilion); Negeri Sembilan (-RM877.6 juta); Pulau Pinang (-RM701.5 juta); Kedah (-RM559.7 juta) dan Pahang (-RM450.3 juta) manakala Selangor (-RM72.1 juta), W.P. Labuan (-RM18.9 juta) serta Sabah (-RM16.7 juta).

Bagaimanapun, katanya, nilai import meningkat di Johor sebanyak RM3.8 bilion; Kuala Lumpur (RM619.8 juta); Sarawak (RM262.4 juta); Terengganu (RM192.0 juta); Perlis (RM52.0 juta); Kelantan (RM26.7 juta) dan Perak (RM1.1 juta), katanya.

Pulau Pinang, Johor dan Selangor kekal sebagai kelompok pengeksport utama dengan menyumbang sebanyak 70.2 peratus daripada jumlah eksport pada Mac.

Antara lima negeri pengeksport utama, Pulau Pinang muncul sebagai pengeksport utama dengan menyumbang sebanyak 31.9 peratus manakala Johor (19.9 peratus); Selangor (18.4 peratus); Sarawak (8.2 peratus) dan Kuala Lumpur (3.5 peratus).

Mohd Uzir berkata bagi import pula, Selangor menjadi penyumbang utama sebanyak 25.6 peratus dan diikuti oleh Johor (23.4 peratus); Pulau Pinang (22.2 peratus); Kuala Lumpur (7.5 peratus) dan Kedah (5.2 peratus). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 4 hari yang lalu

X50 Bertembung Lori ‘Tipper’, 6 Sekeluarga Termasuk Bayi Maut

2

Semasa 4 hari yang lalu

Tersalah Tekan Pedal Minyak, Wanita 61 Tahun Pandu Posche Rempuh Lobi Hotel

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Konflik Rumah Tangga Bertukar Tragedi, Lelaki Rohingya Maut Ditikam

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Kebakaran Pusat Hiburan, Pasukan Bomba Masih Jalan Kerja "Overhaul" Di Lokasi

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan