web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KITACOVER Bantu PKS Peroleh Perlindungan Insurans Penuh

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Feb 2022 5:29PM

Ahmad Kamal S. Awab

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pemilik perniagaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) berpeluang memperoleh perlindungan insurans penuh tanpa perlu mengubah liputan yang ada, dan pada masa sama boleh membuat pembayaran premium bulanan dengan tidak dikenakan sebarang kos tambahan.

Perkhidmatan berkenaan ditawarkan menerusi kempen mesra rakyat dikenali sebagai KITACOVER, sempena Minggu MyFintech anjuran Bank Negara Malaysia (BNM).

Dilancarkan operator peer to peer (P2P) yang dilesenkan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM), ia beroperasi melalui platform Cofundr.

Pengarah Cofundr, Ahmad Kamal S. Awab berkata, KITACOVER bergerak menggunakan dua pendekatan, iaitu pendidikan dan peningkatan kesedaran mengenai kepentingan perlindungan insurans untuk PKS.

Menurut beliau, ia turut menawarkan nasihat percuma kepada pemilik perusahaan.

“Perkhidmatan nasihat ini disediakan panel insurans profesional Cofundr yang berfungsi sebagai perantara serta terdiri daripada agen dan broker insurans berpengalaman.

“Mereka bukan sahaja mahir, malah mempunyai kepakaran khusus untuk menangani segmen PKS dan berpengetahuan luas mengenai isu berkaitan bencana alam,” katanya di sini.

Katanya, pendekatan kedua pula adalah melalui pembiayaan premium yang berkaitan secara crowdfunding dan untuk jangka masa ditetapkan, Cofundr turut menawarkan subsidi penuh bagi kos kewangan yang telah diluluskan.

“Ini bermakna pemilik perniagaan PKS boleh memperoleh perlindungan insurans penuh tanpa perlu mengubah liputan insurans mereka dan pada masa yang sama, mereka juga boleh membuat pembayaran premium secara bulanan tanpa apa-apa kos tambahan.

“Ia memudahkan kerana mereka tidak perlu membayarnya secara lump sum atau sekaligus,” jelasnya.

Ahmad Kamal menarik perhatian, tujuan KITACOVER amat jelas, seiring dengan peranan penting dimainkan PKS dalam pembangunan ekonomi Malaysia.

“Majoriti perniagaan di dunia terdiri daripada syarikat PKS dan mereka merupakan sumber utama yang menyediakan peluang pekerjaan serta penggerak utama pembangunan ekonomi global,  mewakili lebih kurang 90% perniagaan, dengan menawarkan lebih daripada 50% peluang pekerjaan di seluruh dunia.

“Seperti dinyatakan di dalam Laporan Tahunan PKS yang oleh Perbadanan PKS Malaysia (SME Corp. Malaysia), PKS menyumbang RM553.5 bilion terhadap GDP (keluaran dalam negara kasar) negara pada 2019. Namun, pengambilan insuran bagi syarikat PKS terutamanya dari segi perlindungan ketika menghadapi bencana alam masih pada tahap yang membimbangkan,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, data oleh AIG Malaysia Insurance Berhad mendapati, hanya 15% pemegang polisi insurans yang membeli perlindungan banjir.

“Ini bermakna lebih daripada 80% syarikat PKS tidak mempunyai perlindungan terhadap kerosakan akibat banjir, menandakan mereka memiliki pemahaman yang kurang berkaitan dengan risiko dan kesan akibat bencana alam.

“Mereka yang memiliki insurans pula, majoritinya tidak mempunyai insurans mencukupi, malah PKS sering terdedah kepada pelbagai risiko,” katanya.

Jelasnya, malapetakan yang dialami baru-baru ini patut memberi kesedaran kepada syarikat PKS di seluruh negara agar lebih proaktif dan peka untuk memeriksa liputan insurans mereka.

“Ia satu-satunya pertahanan yang boleh dimiliki bagi mengurangkan impak kepada situasi kewangan bakal dialami perniagaan masing-masing apabila berlakunya bencana alam,” katanya.

PKS yang berminat untuk mendapatkan khidmat nasihat boleh mendaftar di www.kitacover.com dan pakar insurans KITACOVER akan membuat susulan untuk membantu mereka.  – Getaran, 8 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

2

TARA 2 tahun yang lalu

TikTok Labur RM56.61 Juta Bantu PKS Berniaga Dalam Talian

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Kantoi Buat Laporan Polis Palsu Hanya Semata-mata Mahu Tuntut Insurans

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Kajian Impak Inisiatif Payung Rahmah Dilakukan Jun Ini - Salahuddin

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat