web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PETRA Modular Pengeluar Modular Pertama Peroleh IBS

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jan 2022 12:38PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PETRA Modular (M) Sdn Bhd telah menunjukkan komitmen berterusan terhadap kemampanan dan standard yang lebih tinggi dalam sektor pembuatan, dengan muncul sebagai pengeluar modular pertama memperoleh Pelaksanaan Sistem Bangunan Berindustri (IBS), sebagai tambahan kepada  Sistem Pengurusan Kualiti  (ISO) 9001 dan pensijilan SIRIM.

Pengarah Urusan PETRA Modular, Rick Singh berkata, pencapaian tersebut membolehkan PETRA Group selaku konglomerat global Malaysia berada di landasan status ‘perintis’ di bawah pengeluar modular bertauliah IBS, yang ditawarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) menerusi skim insentif kerajaan.

“Selain ISO 9001, PETRA Modular juga telah mencapai ISO 14001 (Sistem Pengurusan Alam Sekitar) untuk melayakkan ia memperoleh Sistem Pengurusan Bersepadu lebih selamat, mampan, mesra alam sekitar, serta mendapat standard pembuatan yang lebih tinggi.

“Pensijilan IBS dan Piawaian ISO adalah bukti betapa seriusnya kami terhadap kualiti dan amalan kelestarian dengan perkembangan teknologi modular di seluruh dunia, sekali gus menyelesaikan masalah perumahan dan penginapan dihadapi bandar-bandar seluruh dunia,” katanya hari ini.

Mengulas lanjut, Rick berkata, PETRA Group merupakan satu daripada 71 syarikat seluruh dunia yang dijemput ke sidang kemuncak Wawasan 2045 di Edinburgh sempena COP26, untuk berkongsi amalan dalam menangani perubahan iklim bersama pemimpin luar serta wakil kerajaan dan ketua korporat di seluruh dunia.

“Kami berharap pengeluar lain juga akan melihat ke arah meningkatkan kelestarian serta keupayaan untuk  bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, PETRA Modular juga menyediakan penyelesaian bangunan dan perumahan menggunakan kesesuaian yang terbukti berteknologi tinggi untuk menghasilkan penginapan yang disesuaikan, boleh dipercayai, mampan dan selamat.

Rick Singh
Rick Singh

“Teknologi modular boleh menjana sehingga 90 peratus pengurangan dalam sisa dan pencemaran bunyi disebabkan pembinaan luar tapak dan penggunaan bahan yang cekap sambil meningkatkan tenaga kecekapan.

“PETRA Modular memperjuangkan amalan kelestarian sejajar dengan strategi kelestarian PETRA Group  dan pertimbangan Persekitaran, Sosial, Tadbir Urus (ESG), merentasi semua syarikat dalam kumpulan  yang diketuai oleh dermawan Datuk Dr Vinod Sekhar,” katanya.

Fakta asas PETRA Group jelas Rick, terpakai kepada semua perniagaan dimiliki yang bertunjangkan kepada konsep kapitalisme sosial.

“Ia menguntungkan dan pada masa sama, memastikan kekayaan yang mampan demi kebaikan bersama, termasuk pekerja, pelanggan, masyarakat dan persekitaran ia beroperasi,” katanya.

PETRA Modular kini berada di landasan untuk mengembangkan kemudahan pembuatannya pada tahun ini, iaitu melalui pembuatan tiga kilang masing-masing di United Kingdom dan Australia, sebagai tambahan kepada kilang utama sedia ada, di Pelabuhan Klang. - Getaran, 17 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Warta Hutan Batu Kapur Sebagai HSK Cara Terbaik Kekal Kelestarian

2

Teknovasi 3 tahun yang lalu

5G, Pemacu Kemunculan Bandar Pintar - Ahli Akademi

3

Jelajah 3 tahun yang lalu

Lihat Singa Dari Dekat, Rasai Pengalaman Safari Lestari Di Afrika!

4

Refleksi 3 tahun yang lalu

Lestarikan Alam Sekitar Menerusi Fesyen - Hatta Dolmat

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori