web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DNB Tawar Perkhidmatan Percubaan 5G Kepada Semua Pengendali Rangkaian Mudah Alih

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 11:13AM

Ahmad Taufek bercakap kepada pemberita semasa prebiu media 5G Kini Sedia di Malaysia semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Digital Nasional Bhd (DNB) menawarkan perkhidmatan 5G secara borong kepada semua pengendali rangkaian mudah alih (MNO) di seluruh negara untuk percubaan komersil dari 15 Disember hingga 31 Mac tahun depan tanpa sebarang kos.

Ketua Pegawai Komersial DNB, Ahmad Taufek Omar berkata tawaran itu meliputi semua ujian lapangan 5G secara langsung dan akan tersedia melibatkan kawasan Putrajaya, Cyberjaya dan sebahagian Kuala Lumpur.

“Kami menamakannya percubaan komersial. Apabila kami memulakan sesuatu yang baharu, kami bercakap mengenai memberi perkhidmatan kepada sekitar lima hingga enam syarikat telekomunikasi, mereka perlu mengalaminya terlebih dahulu,” katanya pada pratonton media mengenai pengalaman 5G di Putrajaya semalam.

Mengenai berapa banyak MNO telah bersetuju untuk mendaftar untuk tawaran itu, beliau berkata setakat ini hanya satu MNO telah mendaftar dan selebihnya masih dalam peringkat perbincangan.

“Kami secara agresif membuat susulan dengan MNO yang lain, terdapat lima lagi MNO, supaya kami boleh membawa mereka bersama usaha yang dijalankan DNB ini. Perbincangan setakat ini menunjukkan perkembangan positif.

DNB yang dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan (Diperbadankan) telah diberi mandat oleh kerajaan untuk menjadi parti neutral tunggal untuk melaksanakan penggunaan infrastruktur dan rangkaian 5G di seluruh negara.

Menurut laporan media semalam, Telekom Malaysia Bhd telah mengesahkan ia akan menjalankan percubaan 5G dengan DNB untuk mengoptimumkan perkhidmatan tersebut.

Ditanya mengapa MNO masih belum mendaftar dengan DNB untuk percubaan 5G tersebut, Ahmad Taufek berkata rangkaian 5G masih merupakan perkara baharu di Malaysia dan kebanyakan mereka mempunyai banyak persoalan mengenainya.

“Pihak Industri berbincang dengan kami pada setiap minggu untuk memastikan kami menangani semua isu yang perlu. Mereka perlu memastikan semua kebimbangan mereka atau soalan sedia ada dijawab kerana tidak pernah berlaku satu syarikat menjemput lima syarikat berbeza untuk bersama-sama menyertainya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Taufek berkata DNB sebagai penyedia perkhidmatan borong 5G tidak akan bersaing dengan industri dalam menyediakan perkhidmatan runcit 5G kepada pengguna akhir, sebaliknya akan melengkapkan usaha oleh MNO dengan tujuan untuk mempercepatkan penggunaan 5G di Malaysia.

Beliau berkata ketersediaan perkhidmatan 5G membuka inovasi baharu dan menarik dengan kelajuan ketersambungan yang jauh lebih baik yang mampu menyokong penggunaan penstriman serta muat turun kandungan video berkualiti 8K, permainan berasaskan teknologi awan dan kandungan realiti terimbuh (AR)

Pengguna akhir dengan peranti serasi 5G akan dapat menikmati kelajuan 100 Mbps dan ke atas yang bermaksud pengguna pada titik paling lemah liputan 5G akan mengalami 100 Mbps pada peranti serasi 5G, katanya.

Jumaat lepas, DNB berkata ia menjangkakan untuk melancarkan 10 peratus liputan 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur menjelang akhir bulan ini dengan bilangan tapak terkumpul sebanyak 500 tapak.

Ini akan meningkat kepada 4,018 tapak atau liputan 40 peratus di kawasan berpenduduk padat di Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pada tahun 2022.

DNB juga mensasarkan untuk mencapai 80 peratus kawasan berpenduduk padat di negara ini menjelang tahun 2024 dengan 7,509 tapak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori