web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


DNB Akan Minimumkan Kerumitan Pelancaran 5G

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 4:15PM

Ketua Pegawai Kewangan DNB Nik Azlan Nik Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Digital Nasional Bhd (DNB) menegaskan bahawa mekanisme rangkaian pemborong tunggal (SWN) akan mempercepat pelaksanaan rangkaian generasi kelima (5G) negara dan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam menawarkan perkhidmatan 5G komersial di ASEAN.

Ketua Pegawai Hal Ehwal Korporatnya Zuraida Jamaluddin berkata ketika ini Malaysia berkedudukan di tempat keenam dalam menawarkan perkhidmatan komersial 5G, ketinggalan di belakang Singapura, Filipina, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

“(SWN) akan meminimumkan kerumitan dan kita menjadi platfom saling kendalian tunggal bagi pelancaran rangkaian 5G di Malaysia.

“Kami merancang pelancaran komersial pada bulan ini dan meningkatkan kedudukan kita ke tempat kedua (di ASEAN) pada 2024, dengan garis masa agresif untuk mencapai 80 peratus liputan menjelang 2024, dengan keupayaan 5G menyeluruh,” katanya pada taklimat media, hari ini. 

DNB, syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan telah diberi mandat oleh kerajaan menjadi pihak neutral tunggal untuk melaksanakan penggunaan prasarana dan rangkaian 5G di seluruh negara.

Ketua Pegawai Kewangannya Nik Azlan Nik Abdul Aziz berkata kos peralatan dan prasarana rangkaian liputan berjumlah RM11.5 bilion dan menerusi mekanisme SWN, 85 peratus akan memberi manfaat kepada kepentingan rakyat Malaysia.

“Ia akan memberi penjimatan kepada syarikat telekomunikasi daripada perlu membelanjakan bagi kos prasarana rangkaian yang dianggarkan kira-kira RM7.5 bilion.

“DNB dipertanggungjawabkan untuk membina, mengendali dan memajak prasarana 5G dan pada masa yang sama menyokong industri telekomunikasi tempatan,” katanya.

Nik Azlan berkata mekanisme itu hanya akan membawa aliran keluar asing sebanyak RM1.7 bilion berbanding syarikat telekomunikasi membina prasarana 5G mereka sendiri secara berasingan.

Sementara itu, DNB dijangka melancarkan 10 peratus liputan 5G di Putrajaya, Cyberjaya dan Kuala Lumpur pada akhir bulan ini dengan bilangan tapak kumulatif sebanyak 500 tapak.

Bilangan ini akan ditingkatkan kepada 4,018 tapak atau 40 peratus liputan di kawasan berpenduduk di Pulau Pinang, Johor, Sabah, Sarawak, Selangor, Negeri Sembilan dan Perak pada 2022.

DNB juga menyasar mencapai liputan 80 peratus kawasan berpenduduk menjelang 2024 dengan 7,509 tapak di Malaysia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Proses Peralihan Kepada Model Dwirangkaian 5G Bermula Hari Ini - Fahmi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Mesyuarat Dwirangkaian 5G Dijangka Diadakan Minggu Depan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

5G Dapat Tingkat Keupayaan Rawatan, Mengajar Pesakit Di Hospital

4

Kolum 2 tahun yang lalu

5G: Keperluan Atau Sekadar Gimik Pemasaran?

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori