web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


AAX Tawar Keistimewaan Perjalanan Kredit Kepada Penumpang Terjejas

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Nov 2021 3:03PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia X Bhd (AAX) memberi jaminan kepada para penumpang yang terjejas oleh penstrukturan semula hutangnya yang ia akan menawarkan keistimewaan perjalanan dalam bentuk kredit, yang boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan pada masa hadapan sebaik sahaja sempadan antarabangsa dibuka semula

AAX berkata penumpang terjejas juga akan menerima pembayaran nilai hutang 0.5 peratus dan kelayakan berasaskan tunai lain berdasarkan prestasi hasil tahunan selama tiga tahun seperti yang dinyatakan dalam penyata penjelasan yang dihantar kepada semua pemiutang baru-baru ini.

Syarikat penerbangan itu berkata demikian bagi menjelaskan laporan media mengenai klasifikasi pengguna dan kelayakan mereka di bawah Skim Pengaturan (skim) yang disokong oleh 99 peratus daripada semua pemiutang.

“Sila ambil maklum bahawa kelayakan dan kredit perjalanan ini hanya boleh berlaku jika AAX berjaya dalam penstrukturan semula mengikut syarat-syarat skim tersebut.

“Jika syarat-syarat skim berkenaan tidak dipatuhi dan gagal dilaksanakan, AAX akan dibubarkan dan para pengguna tidak akan menerima sebarang kelayakan dan AAX memilih untuk tidak meletakkan mereka dalam situasi ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

“Dasar AAX adalah selaras dengan pengendali industri pelancongan di seluruh dunia dan mematuhi sepenuhnya semua keperluan kawal selia di setiap negara yang kami beroperasi,” jelasnya.

Syarikat penerbangan itu menambah yang ia juga terus mengadakan dialog dengan semua pengawal selia pengguna di seluruh rantau ini untuk memastikan pematuhan dan perakuan ISO dalam pengurusan aduan pelanggan, yang merupakan penanda aras global untuk mengekalkan piawaian tertinggi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 2 tahun yang lalu

Rebut Tambang RM88 ke Almaty, Kazakhstan Hari Ini Sahaja 

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Mana Satu Yang Betul Ni

3

Jelajah 2 tahun yang lalu

AirAsia X Lancar Semula Empat Penerbangan Mingguan Ke Amritsar

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Mana Pampasan Kami? Penumpang Perjalanan Guangzhou-KL Berang Sikap Berdiam Diri AirAsia

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori