web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bajet 2022 Dibentang Petang Ini, Rakyat Tunggu Berita Gembira

Ekonomi Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Oct 2021 12:16PM

Tengku Zafrul Abdul Aziz - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bajet 2022 akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada pukul 4 petang hari ini oleh Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Sebagai bajet pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, sudah tentu semua mata akan tertumpu pada manfaat yang ditawarkan.

Pastinya, rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19 menaruh harapan tinggi agar terus dibantu dalam mengharungi waktu sukar ketika ini.

Kenyataan Ismail Sabri pada Rabu lalu bahawa bantuan langsung secara tunai akan diteruskan dalam Bajet 2022 sedikit sebanyak melegakan hati rakyat.

“Bajet yang lepas banyak insentif dan sumbangan diberikan langsung kepada rakyat secara tunai dan sebagainya, perkara yang sama kita akan teruskan.

“Seperti saya kata tadi, walaupun pandemik sedang berakhir, saya difahamkan banyak yang dalam tabung dalam bank dan sebagainya sudah tiada simpanan lagi,” katanya.

Turut diberi tumpuan antaranya langkah-langkah untuk melindungi nyawa dan memulihkan kesejahteraan, membina semula perniagaan dan memangkin pembaharuan pasca pandemik.

Berdasarkan kenyataan Pra-Bajet pertama yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MoF) pada Ogos, kerajaan akan memastikan bajet tersebut komprehensif dan inklusif, selaras dengan semangat “Keluarga Malaysia”.

Ini bermakna tiada individu atau perniagaan tercicir dalam menerima bantuan dan sokongan kerajaan, terutamanya mereka yang terjejas teruk akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang 2021.

Selain itu, Bajet 2022 turut memfokus kepada kesinambungan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam memacu pemulihan ekonomi.

Sektor penjagaan kesihatan dilihat sebagai penerima manfaat terbesar selepas mengambil kira situasi ancaman COVID-19 ketika ini.

Kerajaan juga dijangka terus membantu sektor yang paling teruk terjejas akibat pandemik seperti pelancongan, peruncitan serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).

Langkah berterusan untuk meningkatkan kemahiran dan melatih semula pekerja turut diberikan selain melindungi dan mewujudkan peluang pekerjaan baharu untuk rakyat.

Pada masa sama, pakar ekonomi menjangkakan tiada cukai baharu dilaksanakan dalam Bajet 2022 kerana persekitaran yang tidak menentu disebabkan COVID-19.

Bagaimanapun, MoF dalam kenyataan Pra-Bajetnya menyatakan, kerajaan sedang mempertimbangkan langkah-langkah untuk meningkatkan hasil cukai melalui peningkatan pematuhan cukai.

Cadangan dalam kajian termasuklah pelaksanaan Program Pendedahan Sukarela Khas (SVDP) untuk cukai tidak langsung yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

Sementara itu, kerajaan mungkin memberikan lebih banyak peruntukan untuk projek berkaitan infrastruktur.

Antara projek itu ialah Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT), Laluan Kereta Api Pantai Timur, Lebuhraya Pan Borneo, Lebuhraya Pantai Barat dan Lebuhraya Central Spine Road. - Getaran, 29 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Harga RON97, RON95 Tanpa Subsidi Dan Diesel Turun Bagi Tempoh 4 Hingga 10 Jun

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Sokongan Malaysia Terhadap Perjuangan Palestin Berprinsip - Mohamad Hasan

Sorotan

1

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

2

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

3

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

4

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

5

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

6

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori