Berita Terkini

22 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Beli, Kumpul Mata Dan Tebus Barang Kemas Di MG Koop Mart

Ekonomi Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Oct 2021 5:00PM

Hishamuddin (kanan) menandatangani plak perasmian pembukaan cawangan kelima MG Koop Mart Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Rangkaian pasar raya MG Koop Mart memperkenalkan konsep beli, kumpul mata dan tebus barangan kemas kepada semua pelanggan mereka.

Konsep itu memberi nilai tambah kepada khidmat pelanggan disediakan pengurusan rangkaian pasar raya berkenaan, yang kini sudah memiliki empat cawangan di bandar raya ini.

Pengerusi Koperasi Makmur Malaysia Berhad (Ko-Makmur), Datuk Hishamuddin Abdullah berkata, kaedah tersebut diperkenalkan pihaknya selaku pemilik utama rangkaian pasar raya MG Koop Mart bagi menghargai pelanggan.

“Semua pelanggan kami bukan sahaja boleh mendapatkan pelbagai barangan runcit pada harga berpatutan di rangkaian pasar raya kami, tetapi mereka juga dapat mengumpul mata bagi setiap pembelian.

“Setiap mata dikumpul hasil pembelian itu boleh ditukar dengan barangan kemas yang terdapat di rangkaian kedai emas Makmur Gold milik Ko-Makmur,” katanya ketika ditemui pada majlis perasmian cawangan kelima pasar raya MG Koop Mart Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, dekat sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Makmur Gold, Che Mohd Faizuddin Che Mahmood dan Pengurus Besar MG Koop Mart, Noorazlisham Muhamad.

Hishammuddin memaklumkan, pihaknya juga menyediakan perkhidmatan penghantaran percuma kepada pelanggan yang membuat pembelian secara dalam talian melebihi RM30.

Hishamuddin (kiri) bersama Che Mohd Faizuddin (kanan) meninjau cawangan kelima pasar raya MG Koop Mart Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang hari ini.
Hishamuddin (kiri) bersama Che Mohd Faizuddin (kanan) meninjau cawangan kelima pasar raya MG Koop Mart Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang hari ini.

Katanya, perkhidmatan penghantaran ini akan dilancarkan secara berperingkat di semua rangkaian pasar raya berkenaan dalam masa terdekat.

Ketika ditanya mengenai pemilihan lokasi pembukaan cawangan baharu pasar raya itu, Hishammuddin berkata, pihaknya mengambil kira pelbagai faktor, antaranya kepadatan penduduk dan jumlah taman perumahan di sekitar pasar raya berkenaan.

“Kita perlu datang kepada pelanggan dan tidak lagi mengharapkan pelanggan datang mencari kita, jadi disebabkan inilah kita kenal pasti lokasi bersesuaian untuk mendekatkan MG Koop Mart dengan pelanggan.

“Macam di sini (Batu 8), terdapat kira-kira 5,000 kediaman selain restoran dan kedai makan, jadi kita datang (buka) di sini untuk memudahkan mereka mendapatkan bekalan barangan keperluan untuk rumah dan restoran atau kedai makan. Maknanya, kita permudahkan mereka (pelanggan) dan begitu juga dengan cawangan kelima yang akan kita buka secara rasmi esok (Ahad) di Taman Guru, dekat sini,” katanya.

Beliau turut memaklumkan pihaknya merancang untuk membuka 15 lagi cawangan pasar raya MG Koop Mart di seluruh negara menjelang hujung tahun ini. - Getaran, 23 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Peti Besi, Jongkong Emas Milik Pempengaruh Ditemukan Di Dasar Sungai

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Permohonan Rosmah Masukkan Kerajaan, Polis Sebagai Pihak Ketiga Didengar 29 Mei

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Ringankan Beban Rakyat, Pasar Raya Sahut Seruan Adakan Jualan Rahmah

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Polis Tahan Seorang Suspek Samun Barang Kemas

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara