Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Ekonomi Malaysia Dijangka Pulih Tahun Ini, Susulan Pelancaran Program Vaksin - Bank Dunia

Berita Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2021 3:48PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Ekonomi Malaysia dijangka kembali mencatatkan pertumbuhan positif tahun ini bersama ekonomi global lain susulan kemajuan pelancaran vaksin yang bakal meningkatkan semula penggunaan di seluruh dunia, kata Bank Dunia. 

Ketua Ahli Ekonomi bahagian Makroekonomi, Amalan Global Perdagangan dan Pelaburannya, Richard Record berkata kumpulan itu menjangka pemberian vaksin sebahagian besarnya boleh diselesaikan pada 2021 di kebanyakan negara, yang dijangka membawa kepada pemulihan ekonomi dan permintaan serta meningkatkan perdagangan dan harga komoditi. 

“Kami mengunjurkan pertumbuhan global 4.0 peratus tahun ini. Bagi Malaysia, kami mengunjurkan pertumbuhan ekonomi tahun ini dalam jajaran antaran 5.6 dan 6.7 peratus,” katanya semasa Forum Prospek Ekonomi dan Strategik Malaysia 2021 (MESOF) secara maya yang bertajuk: “The Post-COVID-19 New Normal – Where Do We Go From Here” (Normal Baharu Pasca COVID-19 - Apa Yang Perlu Kita Lakukan Seterusnya), pada Isnin. 

MESOF dianjurkan secara bersama oleh Institut Strategik KSI untuk Asia Pasifik (KSI) dengan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Antarabangsa dan Kelab Ekonomi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran risiko kepada pertumbuhan adalah kemajuan perlahan pemberian vaksin dan langkah pembendungan baharu yang boleh membawa kepada pelaksanaan lagi perintah kawalan pergerakan sambil menambah penggunaan merupakan bahagian terbesar daripada ekonomi Malaysia. 

“Risiko kepada prospek pertumbuhan termasuklah kelewatan pelancaran vaksin yang tidak dijangka, langkah pengekangan yang tidak efektif, peningkatan bilangan isi rumah rentan dan landskap politik tempatan yang tidak menentu. 

“Dalam tempoh terdekat ini, dasar perlu menumpukan kepada membendung penularan dan melindungi golongan paling rentan serta membina penampan fiskal ketika keadaan ekonomi bertambah baik,” katanya. 

Seorang ahli panel lain, Shan Saeed, Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Global, berkata kerajaan Malaysia terus mengekalkan kestabilan makroekonomi yang bergerak pantas dan mengejutkan peserta pasaran. 

“Kerajaan dapat mengawal sepenuhnya ekonomi dan akan terus menyokong apabila ekonomi memerlukan.  Gabungan dasar fiskal dan monetari menjadi kunci bagi pertumbuhan ekonomi dan Bank Negara Malaysia masih ada banyak ruang untuk berbuat sesuatu dalam landskap monetari,” katanya. 

Mengenai keluaran dalam negara kasar (KDNK) pula, beliau mengunjurkan pertumbuhan antara 3.0 hingga 4.0 peratus dan menjangka bank pusat mengekalkan kadar dasar semalaman pada satu hingga 1.75 peratus pada 2021.

Sementara itu, Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata Tinjauan Ekonomi Malaysia 2021 mengunjurkan perdagangan luar negara berkembang sebanyak 3.9 peratus dengan eksport barangan dijangka meningkat 2.7 peratus susulan pemulihan perdagangan dan rantaian bekalan global manakala import diunjur naik 5.3 peratus, disumbang oleh peningkatan pelbagai jenis import.

“Inflasi dijangka kembali semula pada 2021 selepas aliran deflasi apabila pandemik COVID-19 telah menjejaskan permintaan terhadap barangan dan perkhidmatan.  

“Ini susulan pelancaran awal program vaksin COVID-19 yang selamat dan efektif dan peningkatan permintaan berikutan kekurangan bekalan,” katanya.  

Memetik Kementerian Kewangan, Mohd Uzir berkata inflasi diunjur pada 2.5 peratus berbanding -1.13 peratus pada 2020, menandakan lonjakan kukuh perbelanjaan pengguna. 

Mengenai tenaga buruh, beliau berkata ia diunjurkan kekal pada 1.1 peratus manakala kadar pengangguran diunjur menyusut kepada 3.5 peratus pada 2021 berbanding anggaran 4.5 peratus pada 2020, apabila ekonomi negara dijangka melantun semula pada 2021 selepas mencatatkan prestasi lemah pada 2020 disebabkan pandemik tersebut.

-- BERNAMA

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Tak Mengaku Salah, Sebabkan Kematian Suspek Rompakan Berkumpulan

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 14 jam yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Semasa 1 hari yang lalu

Putrajaya: 5 Bazar Ramadan Rekod Kutipan Sisa Domestik Antara 6 Hingga 7 Tan Sehari

Semasa 8 jam yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad