web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Temasya Rangkaian (TERANG) Papar Seni Budaya Dan Hiburan 

Tahun lalu, TERANG menganjurkan sembilan siri acara merangkumi 116 program tempatan, serantau dan antarabangsa serta permuafakatan bersama Culture Del Mondo, Itali.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2021 6:02PM

oleh

Ellyna Ali

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Dalam kesuraman pandemik, sekumpulan pengkarya hadir membawa TERANG, sebuah Temasya Rangkaian yang menampilkan program berkaitan seni, kesusasteraan, muzik, gaya hidup, budaya, pembangunan serta ranah kemasyarakatan secara maya. 

Diwujudkan pada 23 Mac 2020, TERANG berjaya menganjurkan sembilan siri acara merangkumi 116 program tempatan, serantau dan antarabangsa serta permuafakatan bersama Culture Del Mondo, Itali, dalam Piccolo Grandi Concerti Virtual Festival.

Melalui semua program ini, TERANG telah membina jaringan luas dengan adanya 5,700 pengikut di Facebook

Tahun ini, TERANG akan membawakan lima program iaitu Bual Tekstual, Kembara Muzik Masa Hadapan, E-Sukan, Di Hati Filem serta Inisiatif Kreatif dengan pelbagai segmen meliputi wacana, bengkel, forum serta persembahan. Ianya akan dikendalikan barisan artis, pengkarya, pengkritik serta artis seni kreatif negara.

Bual Tekstual yang bersiaran secara langsung dari Kebun Pusat Sekitar Seni, Batu Pahat, Johor mengetengahkan segmen penulisan kajian sejarah, kebudayaan, bacaan puisi dan pencerapan alam semulajadi ke arah pembentukan pengalaman manusiawi. 

Bakal memulakan siaran pada 7 Ogos ini, Bual Tekstual akan menampilkan persembahan seni muzik Aki Seruling diikuti wawancara bersama Iltizam Iman seputar ilmu kehidupan.

Ia turut diserikan dengan segmen Kolektif Nararatif melalui bengkel penulisan dalam bentuk zine yang membincangkan isu semasa di bawah kendalian penggaiat seni bernama Redo.

Tidak ketinggalan, pencinta seni sejati, Fahmi Lokman akan berkongsi mengenai budaya membaca dan arkib buku secara langsung dari Baris Kata Bookstore. Beliau juga akan mencadangkan deretan naskah yang sesuai dibaca kala pandemik, disusuli dengan sesi bacaan karya pilihan. Malah, Fahmi turut membawa penonton menjelajah alir industri persuratan dan perbukuan sehingga kini. 

Pengasas TERANG, Muhammad Faixyl berkata, pihaknya berhasrat mendekati khalayak melalui program yang lebih interaktif. 

“Atas faktor ini, TERANG memperkukuhkan pelbagai program termasuk wacana, bengkel dan persembahan yang tidak hanya memaparkan ilmu pembangunan manusia, seni dan kebudayaan tetapi turut menggalakkan perkongsian sesama panel dan audien. 

Muhammad Faixyl
Muhammad Faixyl

“Kita sedia maklum, pandemik mengubah hidup kita secara total. Maka, melalui TERANG, diharap ia dapat menjadi sebuah arena sokongan maya yang menyuburkan pemikiran. Selain hadiah istimewa untuk penonton bertuah, kami ada pelbagai lagi kejutan,” katanya. 

Mendapat sokongan Iskandar Regional Department Authority (IRDA), Johor, TERANG juga diwujudkan untuk menjana pendapatan penggiat seni dan mampan ekonomi seni. Meskipun, acara anjuran TERANG adalah percuma, setiap aktivis dan penggiat seni akan diberikan pendapatan.  

Projek akan datang, TERANG merancang untuk berkolaborasi dengan Naza The Times, Mamat Khalid dan ramai lagi. - Getaran, 5 Ogos 2021

Gambar: Terang Organiza & Instagram @faixyl

Berita Berkaitan

1

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

2

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

3

Muzik 2 hari yang lalu

Hampir 2 Dekad, Peterpan Bakal Ubati Kerinduan Peminat Di Malaysia, Singapura Julai Ini

4

Muzik 3 hari yang lalu

Jason Mraz Kembali Ke Malaysia 31 Oktober Depan

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

oleh Rahayu MN

Muzik 8 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

Bergabung bersama Padi Reborn dalam satu pentas, konsert lebih tiga jam itu berlangsung dengan persembahan yang sarat dengan nostalgia.

oleh Rahayu MN