web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Kita Ini Di Bahagian Manusia Berani,” - Ekspresi Seni Petak Daud 

Yang disindir kemudian berdarah, hanyalah kerana benarnya lidah.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 3:37PM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Ketika kekecewaan dan kecelaruan terhadap sistem membuatkan lebih ramai orang terluka, kita memerlukan sebuah medium untuk mengekspresi perasaan ini. Mujurlah seni menawarkan tempat untuk kita meraikan apa jua jenis luahan mahupun melontarkan kelantangan idea. 

Berbicara mengenai seni dan ekspresi, penulis Petak Daud menubuhkan sebuah kolektif seni dinamakan Fagiyu pada 2018. Seni melalui Fagiyu dipersembahkan melalui dua medium iaitu grafik dan tulisan. Maka terhasillah koleksi zine serta baju. Menariknya rekaan yang tercetak pada baju tersebut dikutip daripada kata-kata buku dan zine. 

“Setakat ini, zine Fagiyu sudah pun masuk isu ke-11, menampilkan Asyiqin M. Zin sebagai pelukis kulit depan. Selain itu, zine khusus seperti kumpulan cerpen dan puisi dari rakan-rakan penulis lain juga turut diterbitkan seperti zine Melawan Sembah, Yang Sebenarnya Kita Semua Buta Tujuan, Tahi Manusia, Rasok dan Dongeng Dari Ampang.

“Manakala, baju keluaran terbaru kolaborasi bersama Paang! diambil daripada kata-kata buku Perempuan Tua Di Kedai Sup terbitan DuBook Press,” katanya ketika dihubungi Getaran baru-baru ini.

Jika diteliti rekaan baju Fagiyu dan Paang! sarat mesej menyindir sistem yang dianggap berat sebelah kepada golongan berduit, Petak berpendapat, perasaan kecewa dan marah sangat memenatkan. Namun, jika perasaan itu dilihat kekal, ia petanda ada perkara yang tidak betul sedang dilakukan kerajaan.

“Bukan sahaja baju, malah akan semakin banyak luahan ekspresi kekecewaan dan kemarahan dicipta melalui pelbagai cara, pelbagai bentuk seni dan pelbagai langkah protes,” tambahnya.

Melihat kolektif seni hari ini yang boleh bertukar menjadi sebuah solidariti mengkritik kepimpinan yang sumbang, penulis buku Petak Santun ini bagaimanapun merasakan ekspresi lantang tidak sepatutnya bermusim. Ia harus kekal relevan mengikut isu semasa yang berlegar sekitar masyarakat. 

Namun begitu, kelantangan ini kerap kali dianggap sebagai dosa bahkan para seniman dilabel derhaka.  

“Yang takutkan kritikan adalah sedang menyembunyikan. Yang disindir kemudian berdarah, hanyalah kerana benarnya lidah. 

“Tidak ada huru-haranya oleh yang mahukan perubahan. Ia kononnya sebuah kesan, sebuah ketakutan yang dicanang-canang. Kita menjadi penakut oleh desakan dan hasutan para penakut. Sekiranya kita saling mengenal hari ini, terbukti dan jelas mengetahui bahawa kita ini manusia berani,” jawabnya tuntas.

Anda boleh mendapatkan barangan dan zine daripada Fagiyu melalui Instagram Fagiyuu atau hubungi mereka di aplikasi whatsapp 014 9740428.

Sumber foto: Instagram @Fagiyuu, Twitter Petak Daud

Sorotan

1

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

2

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

5

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

6

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

Disyorkan untuk anda

Muzik 7 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN