web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ulasan Buku : Raka

Walaupun 'Raka' telah diterbitkan tiga tahun yang lalu, ia masih wajar dibaca dan diulas kerana terdapat sesuatu yang istimewa tentangnya.

Budaya Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 11:00AM

oleh

Asrul Han

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Tajuk: Raka 

Penulis: Mahizan Husain 

Penerbit: Buku Fixi 

Novel Raka tulisan Mahizan Husain merupakan antara pemenang Sayembara Buku Fixi  2017/8. Walaupun ia telah diterbitkan tiga tahun yang lalu, ia masih wajar dibaca dan diulas kerana terdapat sesuatu yang istimewa tentang buku ini.

Raka memaparkan unsur sci-fi, seram, fantasi dan thriller psikologi. Jelas sekali penulis tidak mahu dibelenggu acuan genre dalam menulis buku ini dan sifat eksentrik ini juga diterjemahkan dalam watak utama buku ini, Nat.

Nat merupakan seorang penulis yang bersikap menyendiri dan pandai bermain saksofon. Kehidupan beliau berlatarbelakangkan aktiviti parkour yang dibuat dengan beberapa rakan seperjuangannya yang lain.

Plot novel ini secara umumnya berpusat pada kehidupan Nat dalam menggapai pelbagai persoalan disekeliling hidupnya, tentang misteri kes bunuh diri, pembunuh bersiri dan akhirnya tentang identiti dirinya sendiri. 

Namun bintang sebenar di sebalik novel Raka bukan watak-watak yang memecah stereotaip atau plot yang melangkaui acuan genre tetapi penggunaan laras bahasa yang cantik, ayat-ayat beritma dan kaya dengan perkataan-perkataan yang jarang dilihat dalam bahan bacaan  umum.

Kamus DBP adalah peneman yang amat dicadangkan untuk mengkayakan lagi pengalaman anda dalam membaca buku ini. Hampir setiap perenggan memaparkan penggunaan simili yang cantik dan puitis.

Contohnya: "Cahaya siang yang gemilang menerobos masuk seperti sahabat periang. Hawa panas terapung di luar. Pagi yang baru tiba sedang menembus ruang."

Perlu ditekankan, novel ini bukan bacaan yang berat. Anda tidak perlu mempunyai kepakaran sastera untuk menghabiskan karya tulisan Mahizan Husain ini kerana imbangan plot yang bergerak pantas serta watak-watak yang unik pasti menggamit perhatian dari awal hingga akhir. 

Garis pemisah di antara realiti dan fantasi tampak dikaburkan bukan sahaja di dalam rangka  penceritaan novel ini, tetapi di antara novel ini dengan dunia sebenar.

Penulis cuba membuat pembaca melangkah garis pemisah ini dengan menampilkan unsur-unsur autobiografi di dalam penceritaan kehidupan Nat.

Di satu tahap dalam buku ini watak Nat mula menulis  sebuah buku berjudul Raka, justeru melengkapkan satu bulatan yang membuatkan buku ni satu thriller psikologi yang hampir sempurna.

Raka ternyata akan menghiburkan pembacanya, tetapi bukan dengan cara biasa. Seperti filem-filem arahan Christopher Nolan, anda akan berfikir tentang Nat lama selepas habis membaca buku ini. - Getaran, 1 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 6 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang