web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


“Penggiat Seni Tak Cukup Makan, Naik Teksi Ambil Bantuan” -Tarmimi

200 penggiat seni termasuklah pemuzik jalanan dan aktivitis teater telah dibantu menerusi Program Jariah Seni 2021 yang dijalankan baru-baru ini.

Budaya Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jul 2021 8:50AM

oleh

Wafa Aula

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Keadaan pandemik yang semakin meruncing di negara kita telah menyebabkan banyak penggiat seni termasuklah pemuzik jalanan dan aktivis teater kehilangan punca pendapatan.

Mana tidaknya, sumber kewangan mereka banyak bergantung dengan persembahan dan pementasan. Bila tiada kegiatan keseniaan, tiadalah bayaran. 

Mereka hidup dalam kesempitan sepanjang pandemik ini sehingga ada yang terputus bekalan makanan. Mujurlah pertubuhan bukan kerajaan dan ahli korporat tampil menghulurkan bantuan bagi mengurangkan beban yang ditanggung mereka menerusi Program Jariah Seni 2021. 

Usaha murni itu merupakan kolaborasi antara Yayasan Artis Veteran Malaysia, KDEB Waste Management  (KDEBWM) dan Grup Amal Akhirat yang telah menyumbang keperluan dapur kepada penggiat seni menggunakan sistem pandu lalu di Perkarangan Anjung Kafe (The Love) Kompleks Pelancongan Malaysia.

Turut hadir membantu pengagihan tersebut ialah Datuk Ahmad Tarmimi Siregar serta beberapa artis veteran yang lain seperti Mubarak Majid, Sabri Yunus dan pengarah U-Wei Saari. 

“Ramai penggiat seni yang memang tengah sesak terutamanya artis veteran. Ada juga penggiat seni yang kontrak, mereka dibayar ikut hari.  Kalau artis yang gred A ada pendapatan beratus ribu, lainlah ceritanya.  

“Jadi, dengan makanan yang diberi ini, dapatlah mereka bertahan untuk dua bulan ini. Ada yang datang ambil bantuan naik teksi. Ada yang tumpang kereta orang. 

“Sesiapa sahaja memang susah untuk waktu sekarang. Orang tak cukup makan memang benda yang benar-benar jadi. Saya tak faham kenapa ada pihak yang nak mempolitikkan perkara seperti ini. Janganlah sebab kita senang, kita cukup makan, kita jadi lupa dengan orang-orang susah ini,” katanya. 

Bercakap tentang bantuan RM100 juta kepada industri kreatif yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, Tarmimi berpendapat pengumuman itu hanyalah langkah pertama.

Ia perlu melalui banyak proses dan kertas kerja sebelum akhirnya tiba ke tangan penerima. Ia bertentangan dengan situasi hari ini di mana penggiat seni memerlukan sebuah bantuan dengan kadar segera.

“Perincian tentang bantuan itu belum ada. Kalau nak umum, sesiapa pun boleh umum. Situasi sekarang lebih parah.

“Orang mengadu tak makan. Tinggal lagi orang boleh bertahan dan  tak  keluar mengamuk ke jalan. Itu pun ada yang sudah memilih bunuh diri. Maksudnya, mereka memang sudah hilang punca,” tambahnya. 

Difahamkan, hampir 200 orang penggiat seni telah menerima bantuan berupa pek makanan tempoh hari. Usaha berterusan ini diharap dapat dijalankan untuk membantu lebih ramai penggiat seni di masa akan datang. - Getaran, 1 Julai 2021

Gambar: Facebook Yayasan Food Bank Malaysia


 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

2

Bekas Timbalan Speaker DUN Kedah Ditemukan Lemas Di Sungai

3

Sesat 14 Hari, Jaslinda Kongsi Pengalaman Getir Bertahan Untuk Hidup

4

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC

5

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

6

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Disyorkan untuk anda

Muzik 4 jam yang lalu

Dewa 19 Buktikan Keunggulan Katalog Lagu Dalam Konsert Cintaku Tertinggal Di Malaysia

oleh Rahayu MN

Muzik 1 hari yang lalu

SPOTLIGHT KLCC Tampil Pengalaman Showcase Premium, Himpunkan Barisan Artis Hebat Industri Muzik Tempatan

Menggabungkan elemen persembahan berkualiti tinggi, suasana premium dan lebih intim, SPOTLIGHT KLCC menawarkan harga tiket yang mampu dibeli oleh pelbagai golon...

oleh Rahayu MN