web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pos Malaysia Lancar Setem Kenang-Kenangan Sempena Raikan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Malaysia-China 

Setem kenang-kenangan ini menampilkan pokok ikonik dari kedua-dua negara, pokok Merbau dan Greeting Pine 

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2024 8:14PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pos Malaysia mengumumkan pelancaran koleksi setem kenang-kenangan bersama China Post untuk memperingati ulang tahun ke-50 penubuhan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Republik Rakyat China. 

Setem kenang-kenangan ini menampilkan pokok ikonik dari kedua-dua negara. Pokok kebangsaan Malaysia, Merbau, dan pokok terkenal China, Greeting Pine, yang melambangkan kekuatan dan keakraban berterusan antara kedua-dua negara. 

Pokok Merbau melambangkan kepentingan dan peranan penting sumber hutan dalam pembangunan industri dan ekonomi. 

Ia mewakili integriti pengurusan hutan lestari Malaysia, yang telah diurus dan dipulihara secara mampan bagi memastikan kepelbagaian biologi negara yang kaya terpelihara. 

Sementara itu, Greeting Pine, salah satu pokok paling terkenal di China yang terletak di Gunung Huangshan, menggambarkan tradisi budaya keramahan China. 

Dikenali dengan cabangnya yang panjang seperti lengan yang dihulurkan, Greeting Pine berfungsi sebagai simbol budaya penting keramahan rakyat China.

Sambutan jubli emas ini meraikan persahabatan, kepercayaan, dan persefahaman bersama selama setengah abad yang bermula daripada pemeteraian ‘Kenyataan Bersama’ (Joint Communique) bersejarah yang ditandatangani oleh Perdana Menteri kedua Malaysia, Tun Abdul Razak Hussein dan Perdana Menteri China, Chou En-lai pada 31 Mei 1974.

Selama berdekad lamanya, Malaysia dan China telah berkongsi sejarah yang kaya dengan pertukaran budaya dan hubungan sesama rakyat yang mengukuhkan hubungan mendalam antara kedua-dua negara. 

Pada tahun 2013, hubungan ini ditingkatkan kepada Perkongsian Strategik Komprehensif (CSP), yang lebih mengeratkan hubungan dua hala. 

Dalam meraikan ulang tahun penting ini, masa depan hubungan Malaysia-China akan terus kukuh dan saling memanfaatkan dengan kerjasama dan kemakmuran bersama yang berterusan.

Setem kenang-kenangan (yang menampilkan pokok Merbau dan Greeting Pine) ini boleh didapati dalam set eksklusif yang berharga RM39.50 dan akan dijual mulai 31 Mei 2024 di semua Biro Filateli Pos Malaysia, termasuk 13 Pejabat Pos Besar di seluruh negara, dan secara dalam talian di https://shop.pos.com.my selagi stok masih ada. 

Sertai kami dalam memperingati pencapaian penting ini. Bawa pulang sekeping sejarah dengan koleksi setem eksklusif ini dan raikan lima dekad hubungan diplomatik antara Malaysia dan China. - Getaran, 30 Mei 2024

Foto : Pos Malaysia

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Royal Mail Lancar Koleksi Setem Sempena Ulang Tahun Ke-30 Spice Girls

3

TARA 2 tahun yang lalu

Buah Tangan Istimewa Daripada Pos Malaysia Berhad

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Cabaran Industri Kurier: Fahmi Fadzil Bertemu Pemain Industri Minggu Depan

Sorotan

1

Hos Jualan Siaran Langsung Dakwa Jadi Mangsa Buli Siber, Rugi RM70,000

2

Pokok Gergasi Lebih 150 Tahun Tumbang, Warga Emas Nyaris Maut 

3

Keadilan Tidak Wajar Tunduk kepada Kuasa: Karim Khan, ICC Dan Dunia Hari Ini

4

 ‘Double Standard’ Norway Dikecam, Batal Penghantaran Peluru Berpandu Selepas Malaysia Bayar 95 Peratus Kontrak

5

Gara-Gara Memotong Barisan, 2 Lelaki Akhirnya Bertumbuk

6

Pengecualian Caj RM1 Di ATM: 84 Peratus Mesin Terlibat Seluruh Negara - Fahmi 

Disyorkan untuk anda

Filem & TV 1 hari yang lalu

Astro dan Disney+ Bawakan Lebih Banyak Rancangan Global Dan Kandungan Tempatan

oleh Rahayu MN