web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 7 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buah Tangan Istimewa Daripada Pos Malaysia Berhad

Sarung Telefon Edisi Terhad Pos Malaysia x Galado tampilkan rekaan menarik dan boleh dijadikan koleksi peribadi atau cenderahati

TARA Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Nov 2023 1:32PM

oleh

Rahayu MN

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Pos Malaysia Berhad tampil dengan buah tangan istimewa untuk rakyat Malaysia apabila berkolaborasi dengan syarikat aksesori perlindungan alatan teknologi, Galado, dengan memperkenalkan koleksi sarung telefon edisi terhad Pos Malaysia x Galado.

Koleksi ini terdiri daripada tujuh rekaan unik termasuk ciri-ciri memperibadikan sarung telefon dengan nama sendiri, mengubah imej menjadi potret Abang Posmen oleh CYMM.Studio, ilustrasi peti surat vintaj Pos Malaysia, atau anda boleh mengubah foto kenangan orang tersayang menjadi setem pos Malaysia yang dicetak di atas sarung telefon.

Ketua Pegawai Pemasaran, Komunikasi & Kelestarian Pos Malaysia, Fiona Liao dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini memberitahu, pihaknya cukup teruja dengan kolaborasi terbaharu ini dan menjelaskan ini adalah sebahagian daripada inisiatif #LokalSapotLokal. 

"Kami bersemangat dalam membina kepercayaan untuk menghubungkan kehidupan dan perniagaan demi masa hadapan yang cemerlang. Inisiatif strategik dengan Galado ini bukan sahaja sejajar dengan matlamat kami tetapi juga mempamerkan komitmen kami untuk menyokong perniagaan tempatan,” ujar beliau. 

Rakan pengasas Galado, Clement Chau, pula mengucapkan terima kasih kepada Pos Malaysia Berhad kerana memberi kepercayaan untuk menghasilkan sesuatu yang meraikan warisan negara ini.

“Kami berterima kasih kepada Pos Malaysia atas sokongan mereka, yang merupakan bukti kepercayaan mereka terhadap dedikasi Galado dalam meningkatkan pasaran aksesori alatan teknologi di Malaysia.”

“Kami percaya dalam mencipta produk yang bukan sahaja berfungsi tetapi juga menghasilkan karya seni. Koleksi unik ini membolehkan kami meraikan warisan negara ini sambil menawarkan aksesori inovatif dan bergaya,” ujarnya.

Inisiatif #LokalSapotLokal yang dibawakan oleh Pos Malaysia ini mempamerkan komitmennya untuk memupuk hubungan komuniti dan menyokong segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan. 

Beroperasi melalui rangkaian yang meliputi lebih daripada 11 juta alamat di seluruh Malaysia, Pos Malaysia berazam untuk memberikan rangka kerja inovatif yang menyelaraskan aliran barang dan perkhidmatan. 

Pos Malaysia tetap peka terhadap tuntutan dinamik pasaran, memahami kepentingan untuk berada di hadapan dalam memenuhi keperluan dan pilihan yang berubah-ubah dalam ekosistem perniagaan tempatan, sambil secara aktif menyumbang kepada inisiatif #LokalSapotLokal.

Koleksi Pos Malaysia x Galado boleh didapati di laman web rasmi Galado https://galado.com.my dan laman Shopee rasmi mereka. Setiap satu berharga di antara RM129 hingga RM149 termasuk penghantaran percuma. 

Sebagai alternatif, ia juga boleh ditempah melalui WhatsApp di 012-3034640. Pesanan bagi pencetakan reka bentuk biasa akan dihantar dalam masa satu hari bekerja, manakala reka bentuk peribadi memerlukan antara lima hingga tujuh hari bekerja.

Sebelum membuat pesanan, pastikan model telefon yang anda gunakan terlebih dahulu kerana sarung telefon ini hanya tersedia untuk model telefon iPhone siri 11 hingga 15, Samsung siri S21 hingga S23, Samsung siri Z Flip 3 hingga 5, dan Samsung siri Z Fold 3 hingga 5. 

Dibina dengan Teknologi ImpactPro, sarung telefon ini menyediakan perlindungan menyeluruh untuk telefon bimbit berharga anda.

Koleksi Pos Malaysia x Galado menjanjikan gabungan antara gaya dan fungsi, mencerminkan komitmen Pos Malaysia untuk menyokong perusahaan tempatan, dan pada masa yang sama, menyemarakkan pasaran aksesori alatan teknologi tempatan. - Getaran, 4 November 2023

Foto : Pos Malaysia

Isu Pada

Atilia Cinta Sampai Mati 4 Nov

04 Nov 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Budaya 2 tahun yang lalu

Pos Malaysia Lancar Setem Kenang-Kenangan Sempena Raikan Ulang Tahun Ke-50 Hubungan Malaysia-China 

3

TARA 2 tahun yang lalu

Di Mana Mahu Dapatkan Pakaian Untuk Percutian Musim Sejuk? 

4

TARA 2 tahun yang lalu

5 Berita Hiburan Paling Panas Dan Jadi Bualan Netizen Sepanjang 2023

Sorotan

1

Notis Pemakluman Rasmi Pembubaran DUN Negeri Sembilan Diserahkan Hari Ini

2

Pemimpin Adat Dilarang Masuk Ke Majlis DKU, Kediaman Rasmi Tunku Besar Tampin Dilanda Kekecohan

3

Nahas Simpang Renggam: Suspek Disiasat Kerana Membunuh

4

Jentera PH Untuk PRN Johor Dilancar Esok

5

DAP Tangguh Persidangan Kebangsaan, Pertahan Semua Kerusi Penyandang Di Johor Negeri Sembilan

6

DUN Negeri Sembilan Bubar Hari Ini