web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI

Perlumbaan Perahu Kolek Erat Hubungan Malaysia – Thailand

Budaya Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Mar 2024 8:11PM

Pertandingan anjuran Majlis Perbandaran Sungai Golok melibatkan 12 pasukan Thailand dan enam pasukan Malaysia yang merupakan acara tahunan. - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Meskipun cuaca panas kesan fenomena El Nino yang melanda negara sekarang namun ia tidak menghalang lebih 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia-Thailand datang menyaksikan perlumbaan perahu kolek yang diadakan di Sungai Golok, Rantau Panjang, di sini.

Pertandingan anjuran Majlis Perbandaran Sungai Golok melibatkan 12 pasukan Thailand dan enam pasukan Malaysia yang merupakan acara tahunan.

Timbalan Gabenor Narathiwat Veeraphat Buntharik yang menggunakan penterjemah bahasa, berkata pertandingan yang diadakan itu bertujuan mengeratkan hubungan penduduk di sempadan kedua-dua negara.

"Kehadiran penduduk dari kedua-dua negara menunjukkan keakraban mereka dan saya berharap suasana sebegitu akan kekal selamanya," katanya ketika berucap pada Majlis Penutup Pertandingan Perahu Jokong Thai-Malaysia, di sini, baru-baru ini.

Pertandingan diadakan bertujuan mengeratkan hubungan penduduk di sempadan kedua-dua negara. - gambar BERNAMA
Pertandingan diadakan bertujuan mengeratkan hubungan penduduk di sempadan kedua-dua negara. - gambar BERNAMA
Meskipun cuaca panas kesan fenomena El Nino yang melanda negara sekarang namun ia tidak menghalang lebih 2,000 penduduk yang tinggal berhampiran sempadan Malaysia-Thailand datang menyaksikan perlumbaan tersebut. - gambar BERNAMA

Turut hadir Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Kama Azural Mohamed, Datuk Bandar Sungai Golok Suchada Phannara dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia Kelantan Mohd Aidil Afizie Daud.

Sementara itu, Mohd Aidil Afizie berkata, penganjuran perlumbaan perahu kolek itu turut menyumbang kepada sektor pelancongan Kelantan. 

"Perlumbaan perahu kolek ini sebenarnya jarang dapat dilihat dan sudah pasti menarik ramai pengunjung ke Rantau Panjang.

"Kita tahu ramai pengunjung tertumpu di tebing sungai dan keadaan itu sudah pasti diambil kesempatan oleh penduduk tempatan di kedua-dua negara untuk menambah pendapatan dengan menjual pelbagai jenis juadah ringan," katanya.

Pertandingan anjuran Majlis Perbandaran Sungai Golok melibatkan 12 pasukan Thailand dan enam pasukan Malaysia yang merupakan acara tahunan. - gambar BERNAMA
Pertandingan anjuran Majlis Perbandaran Sungai Golok melibatkan 12 pasukan Thailand dan enam pasukan Malaysia yang merupakan acara tahunan. - gambar BERNAMA

Beliau turut menyokong usaha yang dilakukan oleh Majlis Perbandaran Sungai Golok itu. - BERNAMA

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Muzik 1 hari yang lalu

Demi Peminat, Ella Rela Ubah Perancangan Besar Homecoming Edisi 60 Permata Biru

oleh Rahayu MN